Friday, December 23, 2011

KONSERT MAHER ZAIN - PERCUMAAA...!!!!



IPOH: Promosi besar-besaran bagi menarik pelancong sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 tambah menarik apabila penyanyi terkenal antarabangsa, Maher Zain dijemput mengadakan konsert khas di negeri ini.

Konsert yang diyakini mampu menarik puluhan ribu peminat penyanyi itu bakal diadakan di Stadium Perak pada jam 9 malam, 24 Disember depan.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman, yang percaya Konsert Bersamamu Rakyat itu dapat melonjak aktiviti pelancongan di negeri ini selain menjadi promosi awal sebelum TMP 2012 dilancarkan.

Menurutnya, penyanyi kelahiran Lubnan itu terkenal di kalangan remaja dan segenap lapisan masyarakat sekali gus mampu membantu mempromosikan TMP 2012.

“Saya yakin Maher Zain dapat menarik pengunjung dari luar Perak. Malah kami turut menjemput penyanyi rock popular, Ramli Sarip untuk menambahkan lagi tarikan konsert itu.

“Difahamkan, Maher Zain menyanyikan 20 lagu termasuk beberapa lagu baru yang belum pernah diperdengarkan kepada peminatnya,” katanya.

Menurutnya, konsert julung kali diadakan itu dibawakan oleh Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Perak Tourism.

Menurutnya, 50 acara menarik lain dianjurkan sempena Pesta Pelancongan Perak yang dijadual berlangsung pada 28 Disember hingga 1 Januari 2012.

“Sasaran lima juta pelancong yang melawat Perak tahun depan bukan lagi mustahil. Usaha sedang giat dijalankan menggunakan semua saluran promosi termasuk iklan di televisyen,” katanya.

Sementara itu, beliau turut turun padang melawat Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Ipoh bagi mempromosikan TMP 2012.

Hamidah bersama Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Ahmad Fathil Abdul Ghani turut mengedarkan lencana khas kepada kakitangan dan petugas KTM yang dianggap kumpulan penting dalam mempromosikan pelancongan di Perak.

Aktiviti sama diadakan di Hotel Syeun apabila semua kakitangan termasuk petugas di lobi hadapan dipakaikan lencana khas itu oleh Hamidah. “Kerajaan negeri akan mengadakan acara lain termasuk pelbagai pertandingan serta pameran oleh hotel yang terdapat di Perak seperti dekorasi lobi tercantik, menghias meja serta pelbagai acara lain yang menarik,” katanya. 

Friday, December 9, 2011

SUDAH TIBA MASANYA RAKYAT KELANTAN TUKAR UNDI ??!?



TANAH MERAH, 23 Nov – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pilihan raya umum akan datang merupakan masa yang terbaik buat rakyat Kelantan menyatakan pendirian selepas mereka diabaikan PAS yang memerintah negeri ini sejak 1990.
Timbalan Perdana Menteri berkata tidak ada sebab lagi bagi rakyat Kelantan untuk terus memilih PAS, yang ternyata menzalimi mereka selama ini.
“Sudah sampai masanya rakyat Kelantan untuk menukar kepimpinan. Dengan apa yang berlaku rakyat Kelantan sudah pun jelak dan mereka perlu lakukan sesuatu agar Kelantan tidak terus ketinggalan.
Kelantan masih jauh tertinggal ke belakang seperti masalah air yang masih belum selesai. Kerajaan Pusat telah menyalurkan peruntukan RM600 juta untuk selesaikan masalah air tetapi kerajaan Kelantan masih gagal menyelesaikannya,” kata Muhyiddin.
Beliau berucap pada Karnival Jamuan Rakyat di Sekolah Kebangsaan Gual Ipoh di sini. Ini merupakan antara program turun padangnya ke Kelantan hari ini.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin, dan Ketua Umno Bahagian Tanah Merah Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Kira-kira 15,000 rakyat pelbagai kaum hadir pada majlis itu walaupun dalam keadaan hujan lebat.
Muhyiddin berkata beliau kecewa apabila melihat masalah air itu, yang turut dialaminya ketika bersama rakyat di Pasir Mas sebelum itu.
“Saya buka pili air tidak keluar air. Saya sedih kerana lihat rakyat sengsara dan tidak mahu mereka lebih sengsara lagi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berjanji jika Barisan Nasional kembali memerintah Kelantan, masalah infrastruktur seperti air bersih tidak akan berulang.
Beliau berkata kerajaan Pusat tidak akan menganaktirikan mereka dan ini dapat dilihat daripada peruntukan besar kepada 51 sekolah agama rakyat.
“Sebanyak RM34 juta telah diperuntukkan demi agama Islam walaupun ada yang tidak suka kepada kita,” katanya.
Muhyiddin juga meminta semua anggota dan pemimpin UMNO turun segera ke padang untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa hanya BN sebenarnya yang mampu membela nasib rakyat Kelantan itu.
“Kita yakinkan mereka yang hanya BN yang boleh membantu mereka. Pilihan raya makin hampir dan kita mahu pikul amanah rakyat ini,” katanya.
Beliau berkata pembangkang telah menjanjikan “bulan dan bintang” namun sebenarnya mereka tidak mampu untuk merealisasikan segala janji itu.
“Zaman BN kembali sudah pun sampai. Ini bukan cakap sombong tetapi ini azam kita untuk rakyat Kelantan yang sekian lama dizalimi,” katanya.
Terdahulu, Muhyiddin menunaikan solat Zohor di Masjid Kampung Belimbing dan turut meluluskan peruntukan sebanyak RM1.4 juta kepada pengurusan masjid itu untuk membolehkannya dibina sepenuhnya tidak lama lagi.

Wednesday, December 7, 2011

NGA KOR MING KURANG AJAR LAGI ?!?!?!?!



Kor Ming hina Perak - MB

IPOH 6 Dis. - Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dianggap menghina kedaulatan Perak dan institusi diraja kerana didakwa mengeluarkan kenyataan 'Perak Darul Kartun', kata Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Taiping itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana sebagai seorang pemimpin, beliau perlu menunjukkan keperibadian yang baik kepada rakyat.

"Dengan sikap Nga (Kor Ming) ini, rakyat boleh menilai sendiri pemimpin macam ini ke yang perlu diikut? Kata-katanya yang menggelar 'Perak Darul Kartun' ini telah menghina Perak," katanya kepada pemberita selepas Hari Bertemu Pelanggan di Dewan Serbaguna Bangunan SUK di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas lanjut tindakan Kor Ming yang mengeluarkan kata-kata seperti itu termasuk menghina Zambry pada majlis ceramah 9 September lepas.

Setelah dibidas pelbagai pihak termasuk ahli politik dan badan-badan bukan kerajaan, Kor Ming baru-baru ini telah memohon maaf kepada Zambry kerana menggelarkannya 'hitam metalik'.

 - BERNAMA