Wednesday, July 25, 2012

Pakatan Pembangkang ‘Ugut’ Kerajaan Fobia 'Janji Ditepati'


Fobia Pakatan Rakyat (PR) terhadap slogan ‘Janji DiTepati’ nampaknya benar-benar kronik.  PR bersungguh-sungguh cuba memastikan agar slogan tersebut kekal dijadikan tema Hari Kemerdekaan.  Alasan mereka bahawa ia tidak memberi gambaran terbaik berkenaan semangat kemerdekaan.  

Untuk itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberi tujuh hari kepada kerajaan agar menukar tema kepada yang lebih inklusif atau PR akan mencadangkan tema lain.  Nasib baik jugalah beliau tidak mengugut untuk berdemonstrasi dan menyusahkan orang ramai lagi.  

Mustafa Ali juga mengakui bahawa ‘bila orang tengok saja tema ‘Janji Ditepati’ ini, mereka akan terus ingat kepada BN’.  

Justeru, kita tertanya-tanya, mungkinkah beliau cuba mencadangkan agar tema ditukar kepada ‘Janji Bukan Untuk diTepati’ supaya mengingatkan rakyat kepada PR?  

Pun begitu, siapakah Mustafa Ali untuk memberi kata dua kepada kerajaan?  Siapakah PAS untuk mencadangkan tema lain untuk Hari Kebangsaan?  Sedangkan di dalam PR sendiri pun PAS hanya melukut di tepi gantang. Apakah hak Mustafa Ali atau PAS untuk menukar dan menggunapakai tema lain sebagai tema rasmi Hari Kemerdekaan?   

Lagipun, apa yang PAS faham dengan kemerdekaan?  Bukankah PAS bersekongkol dengan DAP, adik beradik PAP yang selamanya memendam cita-cita untuk ‘menjajah’ Malaysia?  Bukankah PAS bersekongkol dengan PKR yang menjadi talibarut Yahudi Zionis dan menerima dana dari mereka? Bukankah persekongkolan PAS dengan mereka menunjukkan yang PAS tidak menghargai kemerdekaan?


Ini semua adalah bukti bahawa PAS langsung tidak mempunyai semangat kemerdekaan tetapi entah kenapa tiba-tiba terasa panas pula dengan tema ‘Janji DiTepati’ ini.  Kata orang, siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya, bukankah begitu?  

Sebelum ini, sebuah stesyen TV pernah mengadakan kajiselidik berkenaan tema Hari Kebangsaan di kalangan orang-orang muda, dan hasilnya mendapati ramai yang langsung tidak tahu menahu mengenainya.   Jelas, tema adalah soal kecil sebelum ini yang tidak mendapat perhatian sesiapa tetapi menjadi begitu besar hari ini kerana PAS memperbesarkannya.  




Dengan memperbesarkan soal tema Hari Kebangsaan, Mustafa Ali seolah-olah telah membuat deklarasi bahawa PR adalah parti yang tidak menepati janji.  

Jika inilah masalahnya, maka yang perlu diubah bukanlah tema Hari Kebangsaan, tetapi sikap PR itu sendiri.  Siapa suruh tidak tepati janji?  Takkanlah kerana PR tak mampu tepati janji maka BN pula yang salah dan tema Hari Kebangsaan perlu diubah?

Orang yang tidak menunaikan janji adalah orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah.  

Oleh itu, ‘janji’ wajar dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu ‘tanggungjawab’ atau ‘amanah’.   Sikap bertanggungjawab dan beramanah inilah yang memastikan kemerdekaan negara ini berkekalan.  

Maka jelaslah bahawa tema ‘Janji DiTepati’ adalah inklusif dan padat bagi menggambarkan Malaysia hari ini yang kekal merdeka, makmur, aman dan maju kerana komitmen kerajaan dan rakyat untuk berpegang pada janji.  

Mungkin ini terlalu pahit untuk ditelan oleh Mustafa Ali, tetapi ini adalah hakikat dan orang yang jujur tidak akan punya masalah untuk menerima hakikat ini.

Tuesday, July 24, 2012

JASA NAJIB DI USIA 59 TAHUN


YAB Dato’ Seri Najib mungkin baru 3 tahun memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, namun jasa-jasa beliau kepada rakyat dan negara begitu banyak dan sukar untuk disenaraikan.   

Bermula dari usia 22 tahun, Najib telah pun menjadi Ahli Parlimen sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dan kemudiannya Timbalan Menteri Pelajaran serta Timbalan Menteri Kewangan.  Ini bermakna, di usia yang begitu muda, Dato’ Seri Najib telah pun menabur jasa kepada rakyat melalui portfolio-portfolio yang dipegangnya.  

Kewibawaan, kesungguhan dan keikhlasan beliau berkhidmat telah mendapat perhatian Perdana Menteri pada ketika itu, iaitu Dr. Mahathir Mohamad yang kemudiannya mencalonkan beliau ke kerusi DUN Pekan yang membawa kepada perlantikannya sebagai Menteri Besar Pahang di usia 29 tahun.  

Lanjutan dari itu, Najib sebagai Menteri Besar menjadi antara tokoh perintis Yayasan Pahang bagi mempromosi pendidikan dan sukan di kalangan belia melalui biasiswa dan dana.   Beliau juga berjaya menjana pendapatan negeri melalui sumber semulajadi dan kerjasama dengan FELDA, dengan membuka jalan untuk skim pendudukan tanah baru bagi memberi peluang pendapatan kepada golongan miskin dan tidak memiliki tanah.  

Selain menyumbang melalui politik, Najib yang dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan, Majuternak, telah menggunakan sepenuh peluangnya di sana untuk mencari idea-idea baru bagi membantu para penternak.  

Dan apabila beliau memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, kesungguhan beliau meningkatkan mutu sukan negara ternyata membawa hasil apabila Malaysia berjaya menunjukkan pencapaian terbaik di Sukan SEA 1989 yang diadakan di Kuala Lumpur.  

Pada tahun 1991, Najib dilantik menjadi Menteri Pertahanan dan sehingga kini beliau tetap dianggap sebagai Menteri Pertahanan terbaik bagi Malaysia. Beliau memodenkan dan meningkatkan kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia melalui berbagai latihan dan peralatan terkini.  

Setelah kementerian tersebut berada di tahap yang membanggakan beliau diberi pula tanggungjawab untuk menerajui Kementerian Pelajaran.  Di sini, beliau mengstruktur semula dan mengswastakan universiti awam serta menggalakkan kerjasama dengan universiti luar negara.  Antara jasa beliau di kementerian ini yang dapat dinikmati secara langsung oleh para guru hari ini ialah menaiktaraf sijil pendidikan kepada diploma bagi menaikkan tanggagaji guru-guru.  

Khidmat Najib sebagai Menteri Pertahanan sekali lagi diperlukan pada tahun 1995.  Beliau pun mengambil peluang ini untuk meningkatkan moral Angkatan Tentera Malaysia yang telah sedia dihormati dunia, dengan memperkenalkan skim perumahan yang lebih baik, pengstukturan semula elaun dan juga pendapatan mereka.  

Jelas, jasa-jasa Dato’ Seri Najib sebelum menjadi Perdana Menteri juga sudah tidak terhingga banyaknya.  

Najib dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009, dan sejak itu, beliau langsung tidak membuang masa untuk bekerja.  Dalam masa hanya 3 tahun, idea transformasinya ternyata berjaya dilaksanakan, malah berjaya membuahkan hasil dan bukannya hanya slogan kosong.  

Beliau pantas memperkenalkan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) bagi meningkatkan kualiti, kecekapan dan ketelusan dalam sektor perkhidmatan awam dan kerajaan.  KPI diperkenalkan bagi mengukur tahap pencapaian pegawai dan juga agensi-agensi kerajaan.   

Selain itu, National Key Result Areas (NKRA) diumumkan sebagai garis perancangan untuk menangani 7 perkara yang melibatkan rakyat dan negara, iaitu mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, meningkatkan pencapaian pelajar, menaikkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah, meningkatkan infrastruktur asas di kawasan luar bandar, memastikan bekalan air bersih dan dirawat, meningkatkan sistem pengangkutan awam di bandar dan menangani masalah kos sara hidup.  

Kesemua ini telah dan sedang berjalan lancar manakala sebahagian besarnya telah pun menunjukkan hasil yang memuaskan.  Ternyata, beliau adalah seorang yang mengotakan apa yang dikata dan tanpa membuang masa.  

Kempen 1Malaysia yang dilancarkan beliau juga mendapat tempat di hati rakyat yang rata-ratanya menyokong perpaduan di bawah nama satu bangsa.  

Dalam masa tiga tahun pemerintahan beliau juga, Najib berjaya mengekalkan kekukuhan ekonomi Malaysia bermula dengan lonjakan paling tinggi dalam GDP sehingga 5.9% pada September 2009 dari rekod yang rendah pada Mac 2009 iaitu -7.6% sebelum beliau pengambil-alihan tampuk pemerintahan 

Kestabilan politik dan ekonomi dalam negara hasil dari kepimpinan Najib, telah membolehkan kerajaan mengumumkan bantuan-bantuan bersifat langsung kepada rakyat, antaranya BR1M, KR1M, TR1M, Klinik 1Malaysia dan berbagai-bagai lagi.  

Berdasarkan fakta di atas, pendek kata, sejurus selepas mencapai usia dewasa, iaitu di awal 20-an, Najib telah tidak berhenti-henti menabur jasa kepada rakyat. Namun, di usia 59 tahun hari ini, Najib tidak langsung menganggap kedudukannya sebagai balasan kepada jasa-jasanya tetapi mengambil sikap seolah-olah beliau pula yang terhutang budi dengan rakyat kerana memberi keyakinan kepadanya.  Justeru itu, beliau terus tegap bersemangat untuk berkhidmat dan menabur jasa tanpa merasa jemu atau letih.  

Sesungguhnya tidak seorang pun dari rakyat Malaysia yang mampu menafikan segala jasa-jasa beliau walaupun mereka mungkin merupakan penyokong pembangkang.  Tiada siapa boleh menafikan yang mereka menerima wang tunai serta bantuan langsung dari berbagai-bagai program yang diilhamkan Najib.  

Sememangnya, sudah menjadi tuntutan agama dan moral bagi kita semua untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau atas segala jasa yang dicurahkan.  Dengan itu, kita mendoakan agar Dato’ Seri Najib dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik agar dapat terus berkhidmat kepada negara dan juga rakyat.  

Selamat Ulang Tahun, Dato’ Seri Najib, Perdana Menteri yang dikasihi lagi dihormati!

Thursday, July 12, 2012

MILO SUAM vs LELAKI AMUK !!!

Setelah negara digemparkan dengan amukan samurai di Jabatan Perdana Menteri, kini blog-blog mula mempersoalkan tentang kaitan blogger pembangkang, terutamanya Milosuam dengan arwah Khalil.

Milosuam dikatakan blogger yang pertama memuatnaik video amukan tersebut dan kehadirannya di waktu dan tempat kejadian dengan siap sedia membawa kamera video amatlah mencurigakan. Lebih-lebih lagi apabila kedengaran percakapan telefon yang disyaki sebagai jurukamera sendiri, yang seolah-olah melaporkan kepada seseorang apabila arwah telah ditembak.

 

Melayari blog Milosuam selepas kejadian menambahkan lagi kecurigaan kita apabila beliau seolah-olah mencuba sedaya upaya untuk mengalihkan persepsi kononnya arwah Khalil adalah penyokong kerajaan berdasarkan hanya satu ayat di blog arwah yang memuji Tun Dr. Mahathir sebagai seorang berjiwa besar. 

Sedangkan jika diteliti keseluruhan post arwah di blog beliau, mahupun kedua-dua akaun facebook beliau, tiada siapa yang dapat menafikan bahawa arwah lebih cenderung kepada pembangkang.   Lihat saja senarai perkara yang diminati seperti yang dinyatakan di facebook beliau: 

“MRSM Pengkalan Chepa, Dr. Mahathir bin Mohamad, Lim Guan Eng, MiLo SuaM, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, Jomsedut.Org, Sultan Johor, Pertubuhan Kerabat Raja Jembal ( Wilayah Tengah), Harian Metro Online (HMO Blog), HarakahDaily Blog, Dr. MAZA for PM, Bersih 3.0 [Official ], Kami Benci Saiful Bukhari!, A. Samad Said, Aku sependapat dengan orang kat atas ni 100%, KELAB SAYANGI DYMM SULTAN SELANGOR, Sukatilah, Anak Johor Sayang Sultan, Aku-Macjay Blogspot, General Mahdi and the Last Generation Army, Blog Redzuan-Ridzand 7 more..”

Malah, blog Milosuam sendiri turut tersenarai.  Justeru, mana mungkin Milosuam boleh mengelak mengatakan bahawa arwah adalah peminatnya. 

Blog Paperwaris kemudiannya mengaitkan Milosuam dengan seorang yang bernama Hambali Idris yang juga merupakan orang yang ‘disayangi’ oleh arwah.  Ini adalah antara komen arwah kepada Hambali di Facebook nya: 

“Patutlah aku sayang kamu Hambali Idris..... sebab kamu ni berani mengatakan kebenaran walaupun kebenaran itu sendiri pastinya membunuh kamu.”

Jika benar Milosuam adalah Hambali maka ini bermakna blogger pembangkang ini agak kerap berhubung dengan arwah melalui facebook sebelum kematian beliau.  Tidak mustahil mereka juga ada berjumpa kerana dalam salah satu komen arwah, beliau ada mengajak Hambali berjumpa dan berborak.

Dan tidak mustahil juga Milosuam mengetahui tentang rancangan ‘serangan-bunuh-diri’ oleh arwah. 


Dengan kepantasan Milosuam memuatnaik video tersebut dan kemudian mengaitkan arwah dengan Tun Dr. Mahathir, kita merasakan bahawa tidak mustahil juga bahawa arwah telah dipergunakan oleh blogger pembangkang ini untuk mencipta isu bagi mendapatkan sedikit keuntungan politik bagi pihak pembangkang. 

Selain itu, jika kita melayari blog arwah, kita akan mendapati bahawa dalam beberapa tulisan beliau, boleh dikatakan beliau seolah-olah kecewa kerana segala kepercayaannya telah dikhianati oleh seseorang.  Dan beliau kemudiannya mengutuk fatwa bai’ah PAS. 

Maka, kita tertanya-tanya, mungkinkah beliau antara ahli-ahli taksub PAS yang terlalu kecewa dengan sikap cacamarba, fatwa sesat dan pendirian tunggang-terbalik PAS hari ini?  

Apapun punca kecelaruan pemikiran arwah dan apapun motif arwah menyerang JPM kini sudah tidak begitu penting lagi kerana arwah sudah tiada.  Yang penting kini ialah mencari kaitan arwah atau pemikiran arwah dengan mana-mana pihak yang mungkin mempunyai kepentingan dengan insiden amuk ini. 

Dan yang penting juga, ialah untuk kita mengetahui apakah kaitan Milosuam dengan arwah dan apakah peranan Milosuam dalam kejadian ini.  Apakah beliau merupakan sahabat, dalang, atau pemerhati yang sengaja tidak menghalang arwah menempah maut serta membahayakan kakitangan JPM, sedangkan beliau mengetahui akan rancangan arwah sejak awal lagi. 

AL-FATIHAH...

Monday, July 9, 2012

PKR Makin Bercelaru Menjelang PRU13


Ada sebab kenapa Anwar Ibrahim mengumumkan hasratnya untuk bersara dari politik, selain ianya sebagai satu taktik terdesak untuk meraih simpati, ia juga berkait rapat dengan kegagalan PKR menemui calon-calon yang berkaliber untuk dipertaruhkan dalam PRU 13.

Selama ini kita kerap di hidangkan dengan propaganda murahan pakatan pembangkang kononnya dalam pilihanraya akan datang mereka berpeluang untuk merampas Putrajaya seterusnya mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.

Namun, realiti semasa bukan sahaja jauh panggang dari api malah langsung tak seindah seperti di propagandakan dalam media dan pentas politik.

Untuk PRU 13 ini, PKR bukan sahaja terpaksa mengalah kepada DAP dari segi pembahagian kerusi bertanding apabila hanya bertanding di 66 kawasan sahaja berbanding 97 kawasan pada PRU 12, malah untuk menyediakan calon-calon pun amat sukar untuk dicapai.

Daripada jumlah 66 itu pula hanya di 24 kawasan sahaja yang sudah terisi dengan 'calon pilihan' itu dengan sebahagian darinya adalah muka lama.  

Sebahagian kecil muka lama yang pernah menyandang kerusi parlimen tertentu pula tidak dicalonkan kembali. Antaranya Khalid Ibrahim yang juga MB Selangor, berkemungkinan seorang yang rapat dengan Azmin Ali akan mengisi kekosongan di Bandar Tun Razak.

Bagi parlimen Kelana Jaya tempat Loh Gwo Burne yang siang malam tidur bersama kameranya pula bakal dibersarakan dan tempatnya digantikan oleh Nik Nazmi yang juga orang kanan Azmin Ali.

Anwar Ibrahim yang sebelum ini diketahui sedang panas di Permatang Pauh seakan hampir pasti merantau ke Nibong Tebal dan merupakan satu-satunya calon bagi kawasan tersebut walaupun di masa yang sama masih memikirkan untuk kekal di Permatang Pauh.

Manakala itu, hampir satu pertiga lagi kawasan langsung tiada satu nama calon pun yang dapat dikemukakan menggambarkan betapa sukarnya untuk PKR menghadapi cabaran PRU 13 yang akan menentukan hayat politik Anwar.

Baki lebih satu pertiga lagi hanya calon-calon recycle dan expired sahaja yang dikemukakan sebagai 'calon dalam pertimbangan'.

Dalam pada itu daripada 8 kawasan parlimen di Sabah yang dikhususkan untuk ditandingi PKR, hanya tiga kawasan sahaja yang sudah terisi dengan 'calon pilihan', bakinya samaada kosong ataupun hanya bersandarkan satu dua nama 'calon dalam pertimbangan'.

Sarawak pula yang sebelum ini digembar gemburkan oleh Anwar bakal ditembusi oleh PKR dan pembangkang lain, namun pembahagian kerusi yang diberikan kepada PKR cuma 7 kerusi sahaja dan agak sadis bila hanya satu nama sahaja yang masuk senarai mungkin akan bertanding.

Lebih parah lagi beberapa kawasan yang mahu ditandingi oleh PKR ada antaranya masih bertindih dan berebut hak dengan PAS dan DAP misalnya di Bentong, Temerloh, Bagan Serai dan beberapa lagi kawasan lain.

Bagi kawasan parlimen Sungai Siput yang sekarang disandang oleh Presiden PSM, Dr Jeyakumar pula sedang diusahakan untuk ditandingi sendiri oleh PKR sekalipun satu namapun belum mampu disediakan oleh Anwar Ibrahim.

Melihat pada kemelut dan betapa celarunya PKR dalam persediaan menentukan calon-calon yang akan mewakili PKR dalam pilihanraya, ternampak jelas yang PKR mahupun Anwar sendiri tiada keyakinan untuk menghadapi PRU akan datang.

Mahu tidak mahu, Anwar terpaksa beralih semula ke tabiat kesukaannya - guna tektik raih simpati buat muka kesian dengan harapan masih ada rakyat yang akan terpedaya sebagaimana suatu ketika dulu ramai yang terpedaya dengan lakonan arsenik, patah pinggang dan lain-lain.