Wednesday, March 25, 2009

SEBAB TIDAK UNDI NIZAR?

Photobucket


  1. BUKAN CALON TEMPATAN
  2. BUKAN CALON PILIHAN NIK AZIZ
  3. SEORANG YANG BIADAP MENDERHAKA SULTAN
  4. PENGKHIANAT BANGSA MEMBERI TANAH SESUKA HATI
  5. KUDA KAYU DAP DI PERAK
  6. NIZAR MAHU MENJADIKAN MALAYSIA REPUBLIK (NEGARA TANPA SULTAN)
  7. TAMAK KUASA KERANA MENJADI ADUN PASIR PANJANG, BEKAS MB DAN KINI MAHU PARLIMEN BUKIT GANTANG?

Monday, March 23, 2009

NGOK NIZAR!

Photobucket
Teringat dulu, heboh cerita pasal ayah pin. Kononnya kerjaan langit. Nah, sekarang ader kerajaan baru si ngok nizar tu, iaitu kerjaan bawah pokok. Sampai bila dia nak macam tu? Memang sah gila!

Sunday, March 22, 2009

NIAT JAHAT PAS SABOTAJ WAJAH SULTAN DAN MUFTI PERAK!



Seburuk-buruk UMNO yang pihak pembangkang suka cari pasal tu, tak der lah sampai nak buat poster memburukkan Sultan dan Mufti Perak dol....!!! Pastu nak tuduh-tuduh UMNO yang buat poster tu. Ello! Setahu aku PAS jer yang rajin buat flyer/risalah/poster yang bewarna2 nih..! Macam tu lah perangai pembangkang yang taksub dengan mahu kemenangan di Bukit Gantang nanti. PAS tak berhati perut langsung! Itulah akibat pengangan dek PKR dan DAP. PAS langsung x ader nilai murni hormat-menghormati..!!

SATU LAGI SIRI PEMBOHONGAN DAN PENDERHAKAAN NIZAR JAMALUDDIN!

Nizar masih lagi membuat pembohongan dan penderhakaan pada DYMM Sultan Perak kerana dia mengatakan bahawa dia masih lagi sah Menteri Besar Perak oleh kerana tidak ada surat hitam putih atau watikah untuk Nizar Jamaluddin meletak jawatan. Meskipun benar kenyataan itu dilemparkan, itu adalah urusan diantara DYMM Sultan Perak dan Nizar Jamaluddin.

Semua rakyat sudah diberitahu secara jelasnya pada surat khabar, radio, televisyen atau dimana-mana media bahawa DYMM Sultan Perak telah bertitah pada Nizar Jamaluddin untuk meletak jawatan. Ibarat orang mati mestilah diumumkan kepada orang ramai untuk maklumkan, maka secara automatik orang tahu lah tentang kematian itu. Seperti juga suami melafazkan talak, maka didepan hakim sah lah talak itu apabila ada dua orang saksi.


Ini ialah satu lagi pembohongan Nizar Jamaluddin. Kita sebagai pengundi yang prihatin, apabila Nizar Jamaluddin diarahkan oleh DYMM Sultan Perak untuk kosongkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak, rakyat jelata semestinya sudah tahu bahawa Nizar Jamaluddin bukan lagi Menteri Besar Perak. Nizar Jamaluddin diibaratkan gila bayang dan berangan-angan seperti Mat Jenin apabila melengahkan masa dengan tidak memberi kereta rasmi kerajaan negeri Perak tanpa rasa malu seolah-olah mahu tunjuk dia ada lagi kedudukan maka dia mengada-adakan isu bahawa dia masih lagi menjadi Menteri Besar Perak yang sah.


Semua orang tahu surat perletakan jawatan tak perlu kerana yang penting Nizar Jamaluddin tidak lagi menerima gaji dari kerajaan. Propaganda yang digunakan hanya dengan menggunakan kereta Toyota Camry itu untuk menunjukkan dia masih lagi ada kaitan dengan kerajaan. Seperti gila talak diibaratkan Nizar Jamaluddin ini.

Sepatutnya Nizar Jamaluddin perlu diambil tindakan di bawah undang-undang Negara kerana cuba mengelirukan rakyat untuk mewujudkan suasana serba-salah terhadap pentadbiran kerajaan negeri. Nizar Jamaluddin menyamar jadi Menteri Besar Perak. Mengapa tiada pihak yang mahu menangkap dia kerana orang seperti ini masih lagi ada tempatnya di hospital gila.

Tuesday, March 10, 2009

Zam... zam... ala kazam....

hehehe... nak tergelak pun ader. Bila ader satu mak cik yang bersemangat nih asyik mengomel tentang sidang dewan yang berlaku di bawah pokok. Macam-macam luahan yang dikatakan. Ayat yang mencuit hati ialah "deme tu buat sidang bawah pokok tu bukan aper pun, sebab air-cond dalam dewan tu rosak!". keh3...

Wednesday, March 4, 2009

Melayu Patut Baca Ini..!!!

Karya Usman Awang

-Melayu-

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka


Apa perasaan korang biler membaca nukilan ini?

Elizabeth Kantoi..!!!



EMMM NYENYAK NAMPAK..?? KER BUAT-BUAT TITON?
JARANG ORANG TIDUR PAKAI CERMIN MATA. TURUT SIMPAT DENGAN ELIZABETH YANG KENA INTERFRAME MASA TIDUR. LAIN KALI KALAU TIDUR PINJAMLAH KEJAP ANJING KARPAL SINGH BUAT PENEMAN. BOLEH LE DIA GIGIT SIAPA YANG AMBIL GAMBAR.
AMACAM?
STUJU?