Thursday, February 26, 2009

DAP FAHAM ISLAM??

Bila aku bukak satu laman blog nih, tajuk besar nyer ialah;
"DAP SEMAKIN FAHAM ISLAM SETELAH BERSAMA PAS DALAM PAKATAN RAKYAT"

Aku nak tergelak pun ader. Setahu aku tajuk yang sesuai diletakkan ialah;
"DAP SEMAKIN FAHAM ISLAM TELAH LEMAH DALAM PAKATAN RAKYAT"

kome klik ler kat laman blog nih utk baca isi intipatinyer; http://perakini.blogspot.com/2009/02/dap-semakin-faham-islam-setelah-bersama.html

Wednesday, February 25, 2009

DYMM Sultan Perak - Memayungi Negeri, Menaungi Warga Senantiasa.


  1. Pada 9 Mac 2008, selepas PRU-12, Baginda Sultan bertindak memanggil kesemua wakil rakyat kerajaan campuran (DAP, PKR dan PAS) ke Istana bagi mendapatkan persetujuan dan pengesahan wakil rakyat berkenaan untuk pembentukan kerajaan negeri.

  2. Pada 5 Februari 2009, apabila kerajaan campuran Negeri Perak, kehilangan sokongan majoriti, Baginda menggunkan pendekatan proses yang sama untuk menubuhkan kerajaan yang kini diterajui oleh Barisan Nasional (BN). Ini melambangkan keadilan dan kebijaksanaan Baginda Sultan.

  3. Tidaklah berasas untuk menuduh Sultan Perak bertindak berat sebelah dan dibayangi UMNO/Barisan Nasional seperti yang ditohmah dan diputar-belitkan oleh pihak pembangkang terutamanya Dato' Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan penyokong-penyokong DAP, PKR dan PAS.

Monday, February 2, 2009

ADUN Changkat Jering & Behrang letak jawatan??

Pakatan Rakyat dilihat semakin bergolak. Terbaru 2 anggota ADUN dari PKR yang bernaung dibawah Pakatan Rakyat mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Speaker DUN Perak V. Sivakumar dari DAP. Ia berikutan pengumuman Sivakumar bahawa ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu meletak jawatan, tetapi dinafikan oleh mereka. Mereka menyifatkannya sebagai satu pembohongan.


Sementara itu Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beliau telah dihubungi Pengarah SPR Perak, En. Mohd Adli Abdullah yang memaklumkan telah menerima surat perletakan jawatan kedua-dua ADUN berkenaan, dan juga surat penafian perletakan jawatan oleh mereka. Susulan itu SPR akan bermesyuarat esok bagi menentukan satus 2 ADUN Perak yang dilapor meletak jawatan. Katanya, perkara tersebut perlu dibincangkan dengan teliti berikutan terdapat percanggahan fakta yang ketara hingga menimbulkan kekeliruan.