Tuesday, March 27, 2012

biaDAP!! INI AKIBAT APABILA EXCO AGAMA TIDUR ??


PULAU PINANG 23 Mac – Ketua Menteri, Lim Guan Eng disifatkan sebagai bongkak dan biadab kerana tergamak menjual tapak masjid yang diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemaju.
Ketua Pemuda UMNO negeri, Shaik Hussein Mydin berkata, Setiausaha Agung DAP itu tidak berhak untuk campur tangan dan menyentuh ‘harta’ yang dikhaskan untuk orang Islam.
Tegas beliau, tindakan tersebut amat berbahaya kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan orang Islam khususnya di negeri ini.
“Sepatutnya tapak tersebut telah dipecah sempadan dan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan seterusnya diwakafkan oleh majlis berkenaan. Justeru, kami mendesak Guan Eng supaya mengembalikan tapak masjid kepada MAIPP.
“Kami mahu beri peringatan kepada Guan Eng supaya tidak mendiamkan diri atau cuba memutarbelitkan perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan  di sini hari ini.
Shaik Hussein turut meminta pemimpin Pas menasihati Guan Eng tentang perbezaan di antara masjid dan surau kerana dimaklumkan pemaju akan menyediakan surau dan bukannya masjid.
Isu tanah Bayan Mutiara timbul apabila tanah tebus guna seluas 41.6 hektar itu tidak dimajukan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang merupakan pemilik tanah berkenaan.
Tanah tersebut kemudiannya dijual kepada pemaju swasta untuk dibangunkan sedangkan PDC mempunyai kepakaran serta pengalaman dan telah menjalankan banyak projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.
Menurut Shaik Hussein, pelan pembangunan asal Bayan Mutiara diluluskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 30 Oktober 2006 dengan nombor rujukan JBM/PM/4490(LB)PIN.1.
Katanya selain kebenaran merancang masjid dan pelbagai jenis rumah, pelan tersebut turut merangkumi kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti dan tapak sekolah.
“Tapak sekolah juga perlu diserahkan kepada Kementerian Pelajaran untuk dibina sekolah.
“Walaupun pemaju bersetuju membina sekolah tetapi Pemuda UMNO khuatir pelaksanaannya kelak akan diputar belit dan dibina sekolah antarabangsa seperti Sekolah Antarabangsa Prince of Wales di Botanica City, Balik Pulau yang telah menidakkan hak anak-anak miskin tempatan”, ujarnya.
Beliau berkata pihaknya juga inginkan kepastian daripada Guan Eng sendiri sama ada pemaju telah disyaratkan untuk membina gerai penjaja di situ.

SUMBER !!

Thursday, March 1, 2012

PEMBANGKANG TIADA MODAL LAIN KAH?? FITNAH DAN AKHIRNYA MEREKA YANG TERPERANGKAP ??!!!!?


SEMAKIN RAMAI PENYOKONG PEMBANGKANG YANG MUAK DAN BOSAN DENGAN JAWAPAN DAN ALASAN BEGINI. MEREKA BUKAN PEMIMPIN YANG BOLEH DICONTOHI KERANA MORAL DAN AKHLAK YANG JELAS TIDAK BAIK. 

HADI AWANG SARAN RUJUK PAKAR. LYNAS SELAMAT !!



Operasi kilang kimia Lynas tidak akan menimbulkan sebarang risiko sinran radioaktif kepada pekerja. masyarakat Kuantan dan alam sekitar.

Semua keperluan, peraturan dan undang-undang pihak berwajib, kerajaan Australia dan Malaysia sudah dipatuhi. Lynas perlu dihormati semua pihak termasuk Ahli Parlimen Kuantan (Fuziah Salleh) yang perlu INSAF tentang hakikat ini.