Monday, May 21, 2012

ANGAN-ANGAN MAT JENIN SI RAFIZI WILCHA !!??!!?

RAFIZI RAMLI SEMAKIN TERDESAK !!!!!!


Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yakin Pakatan Rakyat mampu meraih sekurang-kurangnya 105 kerusi parlimen pada pilihan raya akan datang. Lima atau enam bulan lalu, BN beranggapan bahawa Pakatan hanya mampu memenangi 92 kerusi, kata Rafizi ketika melancarkan jentera pilihan raya parti itu semalam.

Namun selepas kajian semula, UMNO tahu bahawa parti itu akan berdepan dengan pembangkang yang mempunyai kekuatan 105 kerusi, katanya lagi. Oleh yang demikian, Rafizi menggesa jentera parti untuk bekerja lebih keras demi mendapatkan 10 lagi kerusi bagi membolehkan Pakatan meraih majoriti mudah.


Sekiranya berjaya mendapat 105 kerusi, Pakatan memerlukan tujuh lagi untuk membentuk kerajaan. Bagaimanapun, jumlah perbezaan kerusi yang kecil sahaja cukup untuk menggugat BN dan menyebabkan perbuatan lompat parti berlaku sekali lagi, serta peralihan kepimpinan dalam kerajaan. 

SUMBER SINI !!!

Thursday, May 17, 2012

BUKTI VIDEO PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 TUKAR KOTOR !!!! BUKALAH MATA WAHAI RAKYAT MALAYSIA.

BELUM PERINTAH NEGARA, DAH TUNJUK SAMSENG.

SANGGUP MENGGANAS DAN ZALIM.

MEROSAKKAN HARTA BENDA.

MEMEKIK MACAM ORANG HILANG AKAL.

INI LAH CONTOH RAKYAT YANG TIDAK BERSYUKUR DGN KEAMANAN NEGARA YANG SEMEMANGNYA TENANG DAN TENTERAM.

YANG TAK TENANG APABILA AGENDA MEREKA SEBENARNYA LANGSUNG TIDAK BERJAYA!!!

IKUTI KISAH DAN LUAHAN SEBENAR YANG BERLAKU SEMASA PERHIMPUNAN KOTOR 3.0 !!

Wednesday, May 16, 2012

BUKTI DAP BUKAN PARTI DEMOKRATIK !!?!


Tegas dengan pendirian


KUALA LUMPUR 15 Mei - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (gambar) menegaskan, beliau tidak akan kembali kepada parti itu biar pun dipujuk oleh sesiapa juga.

Sambil menyifatkan tindakan meninggalkan DAP dilakukan secara bermaruah, beliau berkata, keputusan tersebut adalah muktamad.

"Saya cuma kata perhimpunan Bersih 3.0 adalah aktiviti haram, mengapa saya perlu dikecam dan sekarang bila saya buat keputusan untuk tinggalkan parti, baru nak kecoh minta saya kembali.

"Tidak kira siapa juga yang berhasrat mahu memujuk saya, keputusan saya adalah muktamad. Saya keluar secara bermaruah dan tidak sesekali terfikir untuk kembali," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.



LONDON 16 Mei - Peletakan jawatan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dalam DAP menunjukkan bahawa parti itu, yang kononnya demokratik, tidak memberi ruang kepada perbezaan pendapat dalam parti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini.

Walaupun tidak mengenali Tunku Abdul Aziz secara peribadi, beliau percaya Tunku Abdul Aziz adalah “seorang lelaki yang sangat berprinsip".

Najib berkata, apabila prinsip yang dipegang itu tidak dihormati pihak tertentu iaitu DAP, tidak ada jalan lain baginya (Tunku Abdul Aziz) selain meletakkan jawatan.

"Pada kesudahannya, Tunku Abdul Aziz lebih mementingkan maruah dirinya kerana beliau merupakan seorang yang berpegang kepada prinsip," katanya kepada wartawan Malaysia hari ini.

Beliau berkata, Tunku Abdul Aziz mempunyai perbezaan pendapat berhubung demonstrasi jalanan yang beliau percaya boleh membawa kepada huru-hara dan kerosakan harta benda, dan kerana itulah beliau tidak bersetuju dengan tindakan sedemikian.

"Tapi nampaknya parti DAP tidak memberi ruang pada perbezaan pendapat dalam parti yang menggelarkan diri mereka parti demokratik," kata Najib.

Tunku Abdul Aziz mengumumkan keluar parti dan melepaskan jawatannya dalam DAP semalam.

Beliau dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP sebaik menyertai parti itu pada 2008.

Tunku Abdul Aziz dilaporkan sebagai berkata beliau tidak mempunyai pilihan kecuali berundur secara terhormat berikutan tiada persefahaman dengan kepimpinan parti itu. - BERNAMA




Monday, May 14, 2012

NEGERI ‘SERAMBI MEKAH’ MASIH ADA PERKARA MUNGKAR ??!!?



KOTA BHARU - Seramai 19 wanita warga Thailand ditahan dalam serbuan yang dilakukan Imigresen Kelantan, di sebuah restoran yang beroperasi sebagai pusat karaoke di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini malam semalam.

Operasi pada jam 11.30 malam itu turut disertai Pengarah Imigresen Kelantan, Mahasan Mustapha dan Ketua Bahagian Penguat kuasa, Abdul Basek Abu Bakar.

Abdul Basek berkata, serbuan yang disertai 20 anggota dan pegawai itu dilakukan hasil risikan dan maklumat awam.

“Kesemua wanita terbabit dipercayai dijadikan pegawai perhubungan pelanggan (GRO) sedang melayan lebih 70 pelanggan yang sedang asyik menikmati minuman keras sambil berkaraoke.

“Mereka berusia antara 18 hingga 44 tahun dan akan ditempatkan di depoh tahanan Imigresen Tanah Merah untuk sementara waktu sebelum dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan susulan,” katanya kepada pemberita di pejabat Imigresen Telipot di sini semalam.

Abdul Basek berkata, kesemua wanita terbabit ditahan kerana melanggar syarat pas pelancong dan menggunakan pas terbabit untuk bekerja sebagai GRO di bawah peraturan 39 (B) peraturan Imigresen 1963.

Beliau berkata, tangkapan terbabit merupakan kejayaan terbesar melibatkan pusat karaoke pada tahun ini.

“Sepanjang tahun ini sehingga Mei, sebanyak 163 tangkapan telah dibuat yang melibatkan operasi di pelbagai tempat termasuk di kawasan pembinaan dan penempatan.

“Pelbagai kesalahan dilakukan warga asing berkenaan, termasuk tinggal di Malaysia melebihi masa permit yang ditetapkan selain menyalah gunakan pas lawatan dengan bekerja di premis-premis perniagaan dan pembinaan di sekitar negeri ini,” katanya.


SUMBER !!

Friday, May 11, 2012

TAKTIK PEMBANGKANG TABUR FITNAH TERHADAP SPR UTK ALIH DALANG KOTOR 3.0 !!!



PKR dan parti-parti pembangkang terus mahu mengelakkan daripda mengambil tanggungkawan sepenuhnya terhadap rusuhan yang berlalu semasa perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

Setelah BUKTI didedahkan bahawa pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasen mengarahkan peserta berarak menuju ke Dataran Merdeka, serta arahan isyarat tangan ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim kepada timbalannya, Azmin Ali supaya penyokong merempuh penghalang, kini mereka mahu mendesak agar satu tribunal ditubuhkan untuk menyiasat pengerusi SPR dan Timbalannya pula.


Belum lagi memerintah negara, PKR dan pembangkang sudah menunjukkan belang untuk memburuk-buruk semua institusi negara termasuklah institusi raja-raja Melayu.

Ingat bagaimana Azmin serta pemimpin-pemimpin pembangkang mencemuh raja-raja Melayu dan pemimpin-pemimpin negara dengan kata-kata sinis dan berunsur cacian semada pertabalan Yang diPertuan Agong baru-baru ini?

Inilah orang yang sama yang menjadi balaci kepada Anwar untuk mengarahkan peserta Bersih merempuh masuk ke dataran Merdeka yang telah diisytiharkan oleh mahkamah sebagai kawasan larangan.

Orang yang sama jugalah kini berdepan dengan dakwaan melakukan perbuatan jijik berzina dengan salah seorang pemimpin Wanita Keadilan seperti yang telah didedahkan oleh laporan media.

Inikah jenis manusia seperti juga bosnya, Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang umpamanya Mat Sabu yang pincang akhlak dan moral mereka tetapi menipu rakyat untuk mendapat kuasa?

Pembangkang cuba membawa isu  rusuhan kepada perkara lain agar rakyat melupakan peranan besar mereka mencetuskan kekecohan yang menyebabkan ramai yang tercedera termasuk anggota polis.

Mereka menyebarkan fitnah dan propaganda bahawa SPR adalah satu badan penyelia pilihanraya yang tunduk kepada arahan kerajaan, maka dengan itu tidak bebas dan adil.

Malah untuk membukti dakwaan mereka, pembangkang membawa sekumpulan pemantau pilihanraya bebas dari luar negara untuk membuktikan kepada dunia bahawa apa yang mereka katakan adalah benar.

Satu persoalan sahaja yang sampai kini pembangkang terkedu dan terkelu lidah mereka apabila diajukan soalan ini.

Jika benarlah seperti yang didakwa bahawa SPR menjadi alat kerajaan, sudah tentu Barisan Nasional akan memenangi setiap satu daripada 222 kerusi parlimen dan 456 kerusi negeri, dan pembangkang tidak akan berjaya memiliki satu pun kerusi samada di Dewan Rakyat mahupun Dewan Negeri.

Namun, hakikat yang terjadi adalah sebaliknya.

Pembangkang bukan sahaja dapat mengekalkan penguasaan ke atas negeri Kelantan bagi lima pilihan raya umum berturut-turut sejak 1990, tetapi berjaya merampas empat buah negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah dengan jumlah kerusi parlimen sebanyak 82.

Malah keputusan PRU 2008 merupakan yang terbaik bagi pembangkang berbanding PRU 1999 di mana mereka memenangi 31 kerusi parlimen.

Kalaulah benar dakwaan pembangkang bahawa SPR mengikut telunjuk, mustahil pembangkang mampu merampas dua negeri terkaya di Malaysia iaitu Selangor dan Pulau Pinang.

Sudah tentu BN dengan menggunakan SPR sebagai 'alat' akan memastikan Selangor dan Pulau Pinang terus kekal di bawah pemerintahan BN tetapi realitinya ini tidak berlaku.

Perak jatuh semula ke tangan BN setelah 11 bulan kerana tiga orang anggota Dewan Negeri itu tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan pembangkang.

Jadi amat jauh sekali daripada realiti, hakikat dan kebenaran menuduh SPR sebagai satu badan bebas yang ditugaskan menyelia pilihan raya sejak merdeka sebagai institusi yang diperalatkan.

Taktik pembangkang ialah untuk terus menabur fitnah siang dan malam terhadap SPR supaya lama-lama rakyat akan termakan dengan dakyah mereka.

Tohmahan pembangkang tidak akan berkesan lagi kerana rakyat sudah tahu SPR telah menjalankan tugasnya dengan telus, adil dan bersih sejak 55 tahun lalu.

Wednesday, May 9, 2012

SIAPA NIK AZIZ BERBANDING AHLI JKUASA MAJLIS FATWA ???


Berikut adalah kenyataan Nik Aziz tentang fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai BERSIH, “…apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata.”



Nik Aziz juga menuduh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai tidak tahu menahu mengenai tuntutan BERSIH, tidak mendengar penjelasan ke dua belah pihak serta bersifat berat sebelah.

Bahasa mudahnya ialah, bagi Nik Aziz, jika sesuatu keputusan itu tidak memberi keuntungan kepada PAS, maka secara automatik ia adalah tidak adil atau berat sebelah atau pembuat keputusan adalah orang yang jahil atau jahat.

Dalam erti kata lain, garapan pendapat 24 orang Ulama termasuk 14 Mufti adalah tidak setanding dengan pandangan seorang Ulama PAS, sekiranya ia tidak mengambil kira kepentingan parti PAS.  

Justeru, kita ingin bertanya Nik Aziz, atas dasar apa beliau menuduh ahli-ahli jawatankuasa majlis fatwa sebagai berat sebelah atau tidak tahu butiran terperinci mengenai BERSIH? 

Adalah tidak masuk akal bagi jawatankuasa tersebut untuk membuat fatwa tentang perkara yang menjadi permasalahan, tanpa terlebih dahulu mengkaji kesemua aspek mengenainya.  Pastinya, jawatankuasa ini telah mengambil masa meneliti, merujuk, membincangkan, menganalisa, dan memikirkan sedalam-dalamnya mengenai perkara tersebut sebelum mengeluarkan fatwa. 

Mereka bukannya budak-budak hingusan atau orang-orang yang tiada kelayakan, untuk mengeluarkan fatwa mengikut sesuka hati dengan hanya mendengar sebelah pihak.  Mereka cukup arif akan tanggungjawab dan amanah besar ke atas mereka agar memastikan fatwa yang dikeluarkan tidak sama sekali dipengaruhi emosi atau sentimen politik semasa

Ahli jawatankuasa tersebut juga bukan terdiri dari satu dua orang tetapi 24 orang kesemuanya yang kelulusan mereka adalah jauh lebih tinggi dari Nik Aziz sendiri. 

Maka adalah tidak wajar bagi Nik Aziz untuk menyamakan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dengan Ulama-ulama PAS yang begitu mudah mengeluarkan fatwa sesuka hati mengikut emosi dan kepentingan parti.   Sedangkan, tidak semua Ulama di Malaysia ini gila politik seperti Ulama PAS dan tidak semua orang dungu seperti pengikut-pengikut PAS. 

Nik Aziz harus sedar bahawa di luar ‘dunia PAS’ yang sempit itu, manusia masih boleh bertindak secara rasional dan professional tanpa mengaitkan segala-galanya dengan politik.  Hanya di dalam dunia PAS sahaja di mana manusia melakukan segala-galanya atas nama politik dan juga nafsu kerana di dalam dunia PAS, akal adalah tidak perlu sama sekali. 

Oleh itu, janganlah Nik Aziz menganggap Ulama-ulama lain juga sepertinya. 

Ulama lain, seperti mereka yang menjadi ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak perlu mengubah atau memanipulasi hukum hakam dalam Islam demi kepentingan sesiapa.  Mereka bekerja kerana Allah S.W.T bukan kerana ingin ke Putrajaya.  Dan Nik Aziz tiada hak mahupun kredibiliti untuk mempertikai cara mereka bekerja dan mengeluarkan fatwa. 

Nik Aziz sebenarnya yang patut belajar mengkaji bukan sahaja mengenai BERSIH dan tuntutannya tetapi juga mengenai agama Islam itu sendiri.  Kita bimbang kalau-kalau Nik Aziz terlepas pandang akan peringatan Allah S.W.T mengenai Ulama jahat di akhir zaman yang amat menepati sifat dirinya.

Friday, May 4, 2012

POLIS MALAYSIA SANGAT GANAS??!?!!!?


Tika ini banyak media internet pro pembangkang dan beberapa akhbar bahasa Cina giat menjalankan kempen membantah keganasan dan kekerasan polis (PDRM) yang didakwa sengaja dilakukan semasa menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 3.0.

Dakwaan sedemikian mungkin ada benarnya bila di ambil kira tindakbalas pihak polis selepas peserta demonstrasi mula merempuh penghadang yang didirikan. Sepatutnya dalam keadaan kalut bila arahan mahkamah diingkari sewajarnya anggota polis hanya perlu berdiam diri dan biarkan saja perlanggaran undang-undang berlaku tanpa halangan.

Keutamaan perlu diberi kepada golongan vokal minoriti yang berkehendakkan tuntutan mereka dipenuhi secara kuasa jalanan lagipun sebagai negara demokrasi semua orang ada hak mereka sebagaimana perompak mempunyai hak untuk merompak kedai emas dan bank tanpa halangan polis.

NGO BERSIH 3.0 yang hingga kini tidak didaftarkan sebaliknya bergiat secara haram sewajarnya dibiarkan saja bergerak bebas sama seperti pemandu kenderaan yang tidak berlesen kerana hak sama rata lebih penting berbanding penguatkuasaan undang-undang ciptaan manusia yang cukup mengongkong.

Penggunaan jalanraya untuk berhimpun tiada salahnya kerana tujuan jalan-jalan di bina memang bertujuan untuk membolehkan rakyat jelata lepak dan baring di atasnya. Soal ia mengganggu perjalanan urusan harian orang lain bukan isunya, kehendak vokal minoriti lebih penting dan mendesak.

Polis juga seeloknya belajar menjiwai watak sebagai robot, tidak perlu memiliki hati nurani dan perasaan, apa sangatlah setakat kena panggil anjing, babi dan di cop sebagai zalim dan kejam, tak berbekas pun. Dan, kalaupun dipukul dan dipijak biarkan sahaja yang penting keutamaan peserta demo yang sedang menggila mahu melepaskan perasaan perlu diutamakan berbanding ketenteraman orang awam lain.

Jika boleh, kerajaan dan juga pihak polis patut menggalakkan lebih banyak demonstrasi jalanan dan perhimpunan di atas jalanraya di tengah-tengah bandaraya seluruh negara demi memenuhi tuntutan demokrasi yang yang menjadi intipati negara kita. 

Nik Aziz, Ambiga dan Anwar pun tak kisah kalau kita nak baring, duduk dan berdemo setiap hari sambil buang sampah merata-rata sekitar halaman rumahnya, jadi apa hal polis nak kisah dengan demonstrasi di tengah bandaraya yang dianjurkan oleh BERSIH?

Soal gangguan terhadap urusan harian rakyat lain dan risiko kerosakan harta benda awam, biarkan saja. Keutamaan berdemo dan berhimpun atas jalan jauh lebih penting. Jika pihak polis dan kerajaan masih bertegas mendahulukan ketenteraman awam dan melebihkan kehendak majoriti, nampak sangat memang tiada hati perut dan kejam. Itu namanya zalim dan ganas. Tak gitu?

Di bawah ini disertakan beberapa gambar semasa perhimpunan BERSIH 3.0 di atas jalanraya sekitar Kuala Lumpur sedang berlangsung, kesemuanya jelas menunjukkan keganasan polis  terhadap peserta yang tahap keganasan itu menyamai kekerasan yang dilakukan oleh polis yahudi Israel. 












SUMBER : BERUANG BIRU