Thursday, August 19, 2010

MB PERAK ULAS ISU DATUK BANDAR IPOH ARAH PENIAGA KIBAR JALUR GEMILANG

IPOH - Rakyat yang patriotik dan bertanggungjawab tidak perlu dipaksa mengibarkan bendera negeri Perak dan Jalur Gemilang di premis masing-masing pada 19 April dan 31 Ogos setiap tahun kerana mereka tentu sedar dan perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang yang cintakan negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, rakyat termasuk golongan peniaga sepatutnya mengibarkan bendera pada hari tersebut secara sukarela dan bukan kerana takut lesen perniagaan mereka disenarai hitam oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

''Niat Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim buat begitu adalah baik untuk memastikan rakyat mengibarkan bendera dan menghidupkan suasana sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak pada 19 April dan Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos, tetapi mungkin cara beliau tidak dapat diterima orang ramai.

''Tidak perlu timbul soal memaksa kerana adalah menjadi kewajipan kita sebagai rakyat yang benar-benar cintakan negara untuk mengibarkan bendera," katanya selepas menghadiri Hari Bertemu Pelanggan di Pejabat Menteri Besar di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Bandar Ipoh semalam yang mahu mensyaratkan semua premis perniagaan yang dilesenkan oleh MBI supaya mengibarkan bendera Perak dan Jalur Gemilang di premis masing-masing pada 19 April dan 31 Ogos setiap tahun.

Roshidi berkata, mereka yang gagal berbuat demikian akan dikompaun atau disenaraihitamkan.
Namun, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon hari ini menarik balik tindakan itu selepas mendapat bantahan daripada ramai peniaga.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati suasana sambutan Bulan Kemerdekaan masih belum dirasai di bandar raya ini kerana sebahagian besar pemilik bangunan dan peniaga tidak mengibarkan Jalur Gemilang.

Malah, hanya sebilangan kecil penduduk dilihat memasang bendera pada kenderaan masing-masing walaupun bendera kecil hanya berharga RM2.

4 comments:

Anonymous said...

inilah semangat yg ada pada rakyat Malaysia. sampai MBI nk kenakan kompoun. mmglah tak praktikal tp logiknya..apakah yg mereka ni rasa semasa sambutan hari kemerdekaan tanahair kita. yg cina tu tak yah katalah..dh dasar imigran dr luar apa dia tahu semangat juang tok nenek mereka utk merasa sebuah kemerdekaan.

payah sgt ke utk menanam semangat patriotik dlm jiwa kita yg dipanggil warganegara MALAYSIA. apalah sgt dgn mengibarkan jalur gemilang kita bersama merasa kemerdekaan kerana memperingati mereka2 yg terdahulu yg berkorban nyawa demi membebaskan tanahair ini. FIKIRLAH .....

Anonymous said...

patutnya kalau tak naik bendera jgn renew lesen sampai 10 tahun. sita kedai mereka dan lelong ke org melayu. jgn bagi muka pada komunis dap.

zek

Perlis Indera Kayangan (PIK) said...

kena tanam semangat cintakan negara pada dalam diri kita.

Anonymous said...

Itulah antara cara kita menghargai bumi bertuah ini...dah hidup aman damai, kibarlah jalur gemilang...untuk negara, tak kiralah parti politik atau bangsa apa sekalipun... di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung....