Thursday, October 16, 2008

Pro & Kontra Kenyataan Tan Lian Hoe, Timb. Menteri Penerangan.

Photobucket
Rata-rata amat tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timb. Menteri Penerangan, beliau seolah seperti tidak tahu sejarah Kepulauan Melayu (merujuk kepada perpindahan lokasi yang dibuat oleh orang Melayu ke pulau-pulau Melayu yang ada) tetap mempunyai hak. Ini dapat ditekankan sebagai pendapat bahawa matapelajaran SEJARAH perlu dijadikan matapelajaran WAJIB LULUS.

Amat mengecewakan apabila seorang Timbalan Menteri Penerangan mengeluarkan kenyataan yang menentang perjuangan BN seolah-olah GERAKAN tiada persefahaman dalam BN lagi. Dalam pada masa yang sama keadaan politik negara yang dilanda masalah yang pelbagai boleh mengucar-kacirkan keadaan politik yang masih tidak stabil. Namun kedengaran suara yang menggesa supaya GERAKAN mengambil tindakan untuk memecat atau menggantung keahlian Ketua Wanita GERAKAN itu sepertimana UMNO menggantung keahlian Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera.

Namun yang demikian, kaum Cina khususnya berpendapat bahawa media cetak iaitu suratkhabar Utusan Malaysia dan Berita Harian telah memutar-belitkan kenyataan Timb. Menteri Penerangan dan berlaku salah faham kerana mesej yang hendak disampaikan disalah-erti. Alasan juga diberikan sepatutnya kaum Cina mendapat hak yang sama sepertimana kaum Melayu dek kerana ekonomi yang dibawa oleh kaum Cina.

No comments: