Tuesday, November 15, 2011

WOW !! AHLI PAS SETUJU BN PERAK ADIL DAN TIDAK PILIH BULU ??

Perjuangan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa berlandaskan kepada prinsip adil, saksama dan telus sememangnya telah lama diamalkan walaupun masih ada pihak yang mahu menyangkal kenyataan ini.

Telah banyak yang dilakukan kerajaan BN dalam usaha membuktikan ia adalah sebuah parti pemerintah yang adil termasuklah memberikan bantuan sama di kawasan pembangkang termasuklah penyokong dan ahli pembangkang sendiri.

Ini kerana matlamat BN dengan tidak membezakan fahaman politik dalam memberi batuan kerana apa yang penting ialah kesejahteraan rakyat.

Dan bukti konsep keadilan itu didukung dengan tindakan dan bukanlah retorik semata-mata adalah semasa majlis penyerahan bantuan Azam Tani peringkat negeri Perak di Pulau Pangkor baru-baru ini.
  
Salah seorang penerimanya adalah Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Pangkor, Mohd Hilal Aziz, 44 dari Kampung Sungai Pinang Besar, Pangkor.

Bapak anak tiga itu merupakan nelayan mendapat bantuan modal berjumlah RM10,000 untuk tujuan membeli perlatan menangkap ikan seperti enjin bot dan pukat.

"Saya berterima kasihlah kepada kerajaan. Memang kerajaan adil dan tidak pilih kasih...itu betul." katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan bantuan itu oleh Menteri Besar, YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir.







Ditanya sama ada beliau setuju dengan dakwaan pembangkang yang sentiasa menuduh kerajaan tidak adil beliau berkata pandangan setiap orang itu mungkin berbeza-beza.

"Semua orang mempunyai pandangan berbeza. Jika bantuan Azam Tani saya lihat kerajaa itu adil tetapi saya tidak tahu denga bantuan-bantuan lain," katanya.


Mohd Halil berkata beliau telah memohon bantuan Azam Tani itu dengan Persatuan Nelayan Pangkor dan mengharapkan permohonannya diluluskan.


"Saya amat mengharapkan bantuan ini bagi membeli peralatan menangkap ikan supaya saya boleh mendapat bantuan lebih. Dengan peralatan sekarang, saya hanya mendapat pendapatan sekitar RM800 hingga RM1,000 dan ini tidak cukup untuk menyara tiga anak saya yang masih bersekolah," katanya.

Menteri Besar, YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir dalam ucapannya menegaskan bahawa kerajaan BN tidak pernah memilih dalam memberi bantuan kepada rakyat.

Katanya sebagai sebuah kerajaan yang adil dan berwibawa, kerajaan akan melayani semua rakyat tanpa memilih 'bulu', 'warna kulit', dan fahaman politik.


"BN tidak beri bantuan terpilih kepada yang sokong parti ini sahaja," katanya.


Setiap yang kita laksanakan semuanya mengikut prinsip keadilan kerana memikirkan keutamaan rakyat. BN lakukan tanggungjawab bukan hanya untuk main-main atau mempunyai matlamat tertentu sebaliknya ia dibuat berlandakan perancangan dan jangkaan berterusan dengan gerak kerja teratur dan telus," ujarnya lagi.


SUMBER : KLIK ( SINI ) !!

1 comment:

headbomb said...

salam, saya dah pun menglinkan blog tuan ke blog saya, harap tuan pun sama menglinkan blog sya ke blog tuan.. hehe.. terima kasih...

www.headbomb.blogspot.com