Tuesday, July 5, 2011

RAIS YATIM MENANG SAMAN FITNAH ISU ROGOL AMAH





Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Dr Rais, Amizudin berkata sebelum menerbitkan artikel itu dalam blognya, beliau tidak membuat pengesahan tentang kebenaran artikel itu dengan Dr Rais atau isterinya Masnah dan juga dengan bekas pembantu rumah Rais.

Muhammad Shafee : Sebagai penulis blog dan ahli politik yang bertanggungjawab, sebelum menerbitkan sebarang artikel yang menuduh orang lain melakukan sesuatu perkara, anda mesti siasat bukan. Tapi dalam kes ini sebelum anda terbit artikel itu, anda langsung tidak siasat perkara itu sehingga ke akar umbi untuk pastikan perkara itu benar?

Amizudin: Betul.

Bagaimanapun, beliau memberitahu mahkamah bahawa beliau telah pergi ke Jakarta, Indonesia pada 18, 19 dan 20 Mei untuk mencari saksi selepas lima bulan beliau disaman oleh Dr Rais.

Muhammad Shafee: Anda terbitkan artikel itu dahulu, baru nak buat siasatan?

Amizudin : Ya, betul, saya pergi ke Jakarta selepas saya kena saman.

Muhammad Shafee : Selepas anda kena saman baru pergi ke Jakarta, cari saksi.

Amizudin :Ya.

nak lebih lagi baca DISINI..!!

Monday, July 4, 2011

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Mengenai Perhimpunan Haram 9 Julai

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Istana Negara mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

-- BERNAMA

Saturday, July 2, 2011

Tuesday, June 7, 2011

DAHSYAT!! PESTA COKLAT + DAGING BABI DI PENANG??

Apa dah jadi Pesta Coklat Antarabangsa di Penang tukar jadi Pesta Babi dan dirasmikan oleh Exco Agama Pulau Pinang..!! cer citer.. cer citer..




lagi cerita di sini --> http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2011/06/gempar-exco-agama-islam-penang-rasmi.html

Sunday, January 30, 2011

SENARAI KEMENANGAN PETI UNDI PRK DUN TENANG

02/02/2011 - 12.45am



MASIH BELUM RASMI SEHINGGA JAM 7:20 Malam 30/01/2011

BN : 6,698 (69.1%)

PAS : 2,963 (30.6%)

Majoriti : 3,735

Rosak : 35

Turn out : 71%

i) PETI UNDI YANG DIMENANGI OLEH BN ( 11 TERMASUK PETI UNDI)

1. PETI UNDI Labis
BN: 400
PAS : 306

2.PETI UNDI Bandar Labis Timur
BN: 671
PAS: 144

3. PETI UNDI Sawah Baru
BN: 212
PAS: 55

4. PETI UNDI Cemplak
BN : 985
PAS: 135

5. PETI UNDI Cemplak Barat
BN : 838
PAS: 142

6. PETI UNDI Kampung Redong
BN: 462
PAS: 105

7. PETI UNDI Tenang Station
BN: 746
PAS: 352

8. PETI UNDI Pekan Air Panas
BN: 220
PAS: 48

9. PETI UNDI Ladang Labis Utara
BN : 152
PAS: 40

10. PETI UNDI Felda Tenang
BN: 950
PAS: 160

11. PETI UNDI Ladang Bukit Dato.
BN : 352
PAS : 99

12. Undi Pos :
BN : 115
PAS : 3

ii) PETI UNDI YANG DIMENANGI OLEH PAS (1)

1. PETI UNDI Bandar Labis Tengah
BN : 365
PAS : 801

6:58 Petang

Keputusan awal tidak rasmi di PRK Tenang?
BN 6998, PAS 2992, Undi Rosak 157. BN menang dgn majority 3768 undi.

SUMBER : http://din.huluselangor.net/v1/?p=1069

Thursday, January 20, 2011

SAHIH ADUN MERLIMAU MENINGGAL DUNIA.

ADUN Merlimau telah kembali ke rahmatullah jam 8.10 malam di Hospital Pakar Putra, Melaka.

Takziah dan Al-Fatihah.

ADUN Merlimau - Meninggal atau Belum?

Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan

sat ni tadi sedang ber-facebook, terlihat status rakan mengatakan ADUN Merlimau sudah meninggal dunia. Aku pun dengan cargas nya, meng'google' ler aper2 info yang patut. so, i click ler utusan online terkini dan artikel tsebut berbunyi seperti dibawah ini ;

PUTRAJAYA 20 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia hari ini setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof kepada Utusan Malaysia selepas menerima berita itu daripada Pengarah SPR Melaka.

then brapa lama lepas tu, kecoh pulak ada yang mengatakan ADUN tersebut masih dalam rawatan dan belum pun meninggal dunia. then, aku google balik utusan online terkini tu tadi. dengan cargas juger, deme udoh remove pulak berita artikel tersebut. yang memusykil kan aku ni, how come perkara tsebut boleh terjadi sedemikian rupa yer? sama2 kita renungkan...

w'salam..

Monday, September 27, 2010

ADUN GALAS (PAS) SAH MENINGGAL DUNIA.


Dikhabarkan ADUN Galas (Kelantan) yang menghidap barah usus telah meninggal dunia di Hospital Pakar Kampong Baru sebentar tadi. Takziah. Al-Fatihah...

ANWAR IBRAHIM WAJAR DILUDAH !!

Thursday, August 19, 2010

MB PERAK ULAS ISU DATUK BANDAR IPOH ARAH PENIAGA KIBAR JALUR GEMILANG

IPOH - Rakyat yang patriotik dan bertanggungjawab tidak perlu dipaksa mengibarkan bendera negeri Perak dan Jalur Gemilang di premis masing-masing pada 19 April dan 31 Ogos setiap tahun kerana mereka tentu sedar dan perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang yang cintakan negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, rakyat termasuk golongan peniaga sepatutnya mengibarkan bendera pada hari tersebut secara sukarela dan bukan kerana takut lesen perniagaan mereka disenarai hitam oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

''Niat Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim buat begitu adalah baik untuk memastikan rakyat mengibarkan bendera dan menghidupkan suasana sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak pada 19 April dan Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos, tetapi mungkin cara beliau tidak dapat diterima orang ramai.

''Tidak perlu timbul soal memaksa kerana adalah menjadi kewajipan kita sebagai rakyat yang benar-benar cintakan negara untuk mengibarkan bendera," katanya selepas menghadiri Hari Bertemu Pelanggan di Pejabat Menteri Besar di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Bandar Ipoh semalam yang mahu mensyaratkan semua premis perniagaan yang dilesenkan oleh MBI supaya mengibarkan bendera Perak dan Jalur Gemilang di premis masing-masing pada 19 April dan 31 Ogos setiap tahun.

Roshidi berkata, mereka yang gagal berbuat demikian akan dikompaun atau disenaraihitamkan.
Namun, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon hari ini menarik balik tindakan itu selepas mendapat bantahan daripada ramai peniaga.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati suasana sambutan Bulan Kemerdekaan masih belum dirasai di bandar raya ini kerana sebahagian besar pemilik bangunan dan peniaga tidak mengibarkan Jalur Gemilang.

Malah, hanya sebilangan kecil penduduk dilihat memasang bendera pada kenderaan masing-masing walaupun bendera kecil hanya berharga RM2.