Monday, May 14, 2012

NEGERI ‘SERAMBI MEKAH’ MASIH ADA PERKARA MUNGKAR ??!!?



KOTA BHARU - Seramai 19 wanita warga Thailand ditahan dalam serbuan yang dilakukan Imigresen Kelantan, di sebuah restoran yang beroperasi sebagai pusat karaoke di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini malam semalam.

Operasi pada jam 11.30 malam itu turut disertai Pengarah Imigresen Kelantan, Mahasan Mustapha dan Ketua Bahagian Penguat kuasa, Abdul Basek Abu Bakar.

Abdul Basek berkata, serbuan yang disertai 20 anggota dan pegawai itu dilakukan hasil risikan dan maklumat awam.

“Kesemua wanita terbabit dipercayai dijadikan pegawai perhubungan pelanggan (GRO) sedang melayan lebih 70 pelanggan yang sedang asyik menikmati minuman keras sambil berkaraoke.

“Mereka berusia antara 18 hingga 44 tahun dan akan ditempatkan di depoh tahanan Imigresen Tanah Merah untuk sementara waktu sebelum dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan susulan,” katanya kepada pemberita di pejabat Imigresen Telipot di sini semalam.

Abdul Basek berkata, kesemua wanita terbabit ditahan kerana melanggar syarat pas pelancong dan menggunakan pas terbabit untuk bekerja sebagai GRO di bawah peraturan 39 (B) peraturan Imigresen 1963.

Beliau berkata, tangkapan terbabit merupakan kejayaan terbesar melibatkan pusat karaoke pada tahun ini.

“Sepanjang tahun ini sehingga Mei, sebanyak 163 tangkapan telah dibuat yang melibatkan operasi di pelbagai tempat termasuk di kawasan pembinaan dan penempatan.

“Pelbagai kesalahan dilakukan warga asing berkenaan, termasuk tinggal di Malaysia melebihi masa permit yang ditetapkan selain menyalah gunakan pas lawatan dengan bekerja di premis-premis perniagaan dan pembinaan di sekitar negeri ini,” katanya.


SUMBER !!

No comments: