Wednesday, July 1, 2009

HINDRAF MENGAMUK TERHADAP DAP!

Bertarikh 30hb Jun 2009, di IPOH, 30 individu mendakwa anggota Hindraf dengan membawa sepanduk dan poster berjalan kaki kira-kira 100 meter ke Wisma DAP sebelum bersurai atas arahan polis. Seorang daripada mereka, P. Ramesh, berkata demonstrasi itu diadakan bagi menghantar mesej kepada Ketua Menteri Pulau Pinang agar tidak berdolak-dalik dalam isu itu. Katanya beliau berharap Lim akan menyelesaikan isu itu secepat mungkin dan menurutnya mereka percaya yang beliau mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.






Kedua-dua Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang turun padang untuk bertemu dengan penduduk setinggan Kampung Buah Pala yang telah diarahkan mengosongkan rumah mereka Khamis ini oleh pemaju manakala demontrasi berhubung isu sama turut diadakan di sini, di Petaling Jaya dan Ipoh. Mansor Othman dan P. Ramasamy memberitahu penduduk kampung terbabit, dikenali sebagai High Chapparal Pulau Pinang, bahawa pemaju telah bersetuju memberikan tempoh sebulan untuk penduduk berpindah dan kerajaan negeri akan mencari jalan penyelesaian dalam tempoh itu.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang memihak kepada pemaju pada 11 Jun, menyebabkan 300 penduduk kampung yang mendiami 41 rumah di penempatan kaum India berusia 100 tahun itu tidak mempunyai pilihan selain mengosongkan rumah mereka menjelang Khamis ini seperti dikehendaki pemaju. Selepas mengadakan perjumpaan dengan Mansor dan Ramasamy, seorang penduduk kampung itu A. Drabiam, 84, menggesa kerajaan negeri mengembalikan semula kawasan itu kepada penduduk sepertimana janji Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kempen pada pilihan raya umum tahun lepas.
Beliau mendakwa Anwar tidak pernah melawat kampung itu selepas pilihan raya itu.