Monday, November 17, 2008

Siapa Menteri Besar Perak?

Photobucket

Semasa pergulungan pementangan Bajet 2009 yang berakhir Khamis lalu 13.11.2008, apa yang berlaku setiap pertanyaan yang diajukan kepada Menteri Besar belum pun sempat beliau menjawab, rakan sekutunya dari DAP bangkit mencelah. Seolah-olah menggambarkan yang Menteri Besar itu tidak layak menjawab soalan-soalan ADUN BN. Ini sekaligus menggambarkan rasa tidak hormat langsung sekutunya terhadap Menteri Besar dari PAS ini.

Anehnya, Datuk Seri Mohd Nizar mengakui sekutunya berkaliber berbanding beliau.

APA DAH JADI??? Fikir dan renungkan betapa diperlekeh begitu, namun Menteri Besar tetap memberi ruang kepada rakan sekutunya dari DAP.

Persoalannya, SIAPA MENTERI BESAR?? SIAPA BESAR??

Majlis Perasmian Veteran UMNO Malaysia yang ke-2.

Pada 14 Nov 2008 jam 8.30 malam Negeri Perak sekali lagi menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri; Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri; Datin Seri Rosmah Mansor memberi semangat baru yang memberangsangkan akibat sindrom kekalahan PRU yang lalu. Turut hadir bersama ialah Pengerusi Veteran UMNO Malaysia-Tan Sri Tajudin Ali, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Ng. Perak-Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali dan dua orang Naib Presiden UMNO iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Photobucket

Photobucket


"Istilah Veteran UMNO adalah mereka yang telah lama berkecimpung dalam bidang politik melalui penglibatan mereka didalam UMNO".
(Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali)

"Pentingnya kita memanfaatkan Veteran UMNO sebagai gedung menimba petua sebagaimana bahawa kita berada dalam musim tengkujuh yang dialami sekarang ini perlu wujud mekanisma bahawa yang muda lah mendatangi yang tua".
(Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali)

"UMNO sekarang ini sedang mengalami musim tengkujuh dan perlayaran perjuangan UMNO seterusnya kini berdepan dengan lautan bergelora. Namun pelayaran perlu diteruskan juga kerana perjuangan masih belum selesai".
(Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali)

"Dalam konteks UMNO sekarang ini mulai Mac 2009, akan mendapat nahkoda baru (Datuk Seri Najib Tun Razak) kerana ayahanda beliau adalah tokoh terbilang yang telah menahkodakan bangsa dan Negara kepuncak dimana kita berada sekarang. Oleh itu tidak perlu ragu tentang kebolehan dan kemampuan bakal PM tidak lama lagi".

(Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali)

Photobucket

"Jangan menganggap Veteran itu tidak berguna ibarat manisan yang sudah habis. Sebaliknya mengajak ahli Veteran berada disisi untuk menyumbang dalam perjuangan dan memainkan peranan masing-masing sekaligus percaya bahawa sebagai anggota parti boleh mendapat banyak kaedah daripada ahli Veteran".
(Datuk Seri Najib Tun Razak)
"Jauh sekali pemimpin terdahulu minta apa-apa... yang ada cuma salam perjuangan. Tidak ada istilah salam kosong atau salam berisi".
(Datuk Seri Najib Tun Razak)
"Dulu, tudung Wanita UMNO yang berwarna merah itulah yang dijadikan tempat untuk menadah sumbangan demi perjuangan parti".
(Datuk Seri Najib Tun Razak)
Photobucket

Perhimpunan Melayu di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Melihatkan kehadiran kaum-kaum Melayu yang menyertai perarakan ini, hati tersentuh tatkala memandang akan kudrat warga emas yang masih mahu menyelamatkan hak asasi orang Melayu yang kian dicemari. Bayangkanlah atuk-atuk atau opah-opah yang layak duduk dirumah, bertongkat dan dipapah berjalan kaki dari Masjid Ubudiah ke Istana Iskandariah Kuala Kangsar, masih mampu dan kuat fizikal zahirnya untuk bersama yang lain bagi menyerahkan memorandum kepada Sultan Perak yang ditaati. Semangat mereka ini patut ada disetiap hati insan orang Melayu khususnya warga belia. Sayu melihatkan semangat mereka. Tetapi tidak dinafikan ramai yang hadir disetiap peringkat usia dari usia belia hingga ke warga emas setia taat bersama melangkag ke Istana.


Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Titah Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

"Hari ini jika berlaku kesilapan dan kegelinciran diperingkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaannya".

"Dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka ini tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali".

"Perbuatan itu jika tidak dihentikan, dibimbangi akan mengguris hati dan emosi orang Melayu".