Saturday, April 28, 2012

APABILA BERSIH 3.0 BERTUKAR KOTOR 3.0 !!!


TOLONG JAWAB. ADAKAH TINDAKAN INI YANG DISARAN DALAM AGAMA ISLAM??


MEREKA SEBENARNYA LEBIH ZALIM. JANGAN BIARKAN MEREKA MEMERINTAH NEGARA, KELAK GAMBARAN SEPERTI DIATAS JELAS MELIHATKAN PERJUANGAN MEREKA YANG SEBENAR. PENUH DENGAN KEGASANASAN.

Thursday, April 26, 2012

HARAM SOKONG AMBIGA. UMAT ISLAM PATUT MALU !!!



KUALA LUMPUR 25 April - Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, adalah haram bagi umat Islam menyokong Datuk S.Ambiga kerana Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) itu merupakan pejuang tegar kepada amalan seks songsang di negara ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga tokoh agama berkata, umat Islam yang terlibat dalam perhimpunan Bersih wajib malu kerana dikepalai oleh pejuang yang menyokong perkara bercanggah dengan agama.

“Sewajarnya umat Islam menjauhi pemimpin seperti ini dan membuat pilihan lebih tepat dengan memilih ketua yang selayaknya dan melakukan perhimpunan di lokasi tertutup dalam menuntut sesuatu perkara,’’ katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berdasarkan fatwa ulama tersohor dunia, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi berhubung amalan LGBT iaitu umat Islam dilarang makan dan minum bersama dengan pengamal serta penyokong seks songsang, apatah lagi, jika berada di belakang individu yang cukup dikenali sebagai penyokong kuat amalan tersebut.

















Wednesday, April 25, 2012

DEBATE KJ vs AMBIGA !! BERSIH SANGAT KAH DIA NIH??!!?


Ambiga ialah seorang aktivis peMURTADan. Sanggupkah penyokong umat ISLAM bersekongkol dgn manusia spt itu dgn sertai Bersih??

Adegan Berahi Mahasiswa Di Dataran Merdeka !!!

TERKINI : JAWAPAN SPR ISU KHALID IBRAHIM PENGUNDI HANTU !!?!


Dakwaan yang mengatakan bahawa kawasan mengundi bagi YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR adalah tidak benar dan tidak berasas.

SPR telah memberi penjelasan terperinci kepada Ahli-Ahli Parlimen pada 16 April 2012 berhubung perkara ini. Walaubagaimanapun perkara ini terus diputar belit untuk mengelirukan orang ramai yang tidak faham tentang isu pembetulan kedudukan Lokaliti di dalam sesuatu Daerah Mengundi yang terletak di dalam kawasan DUN dan Parlimen.


Apa yang sebenarnya berlaku di dalam kes yang melibatkan alamat dalam Lokaliti YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim ialah SPR hanya membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang telah tersalah letak di dalam kawasan pilihan raya. Proses ini dijalankan mengikut Peruntukan sub peraturan 25(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih 2002).

YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah mendaftar sebagai pemilih pada 1/1/1985 dengan menggunakan alamat Jalan 16/2, Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor.


Semasa pendataan borang pendaftaran tersebut, petugas SPR telah meletakkan alamat Lokaliti beliau iaitu Jalan 16/2 di dalam kawasan DUN N.34 Bukit Gasing /Parlimen P.105 Petaling Jaya Selatan iaitu berdasarkan kepada alamat di dalam borang pendaftaran tersebut. Pada masa itu SPR tidak menyedari bahawa di lapangan yang alamat Lokaliti Jalan 16/2 itu adalah sebenarnya terletak di dalam Wilayah Persekutuan di mana Jalan Datuk Abu Bakar merupakan sempadan rasmi antara negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Lokaliti Jalan 16/2 di mana YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim berdaftar sebenarnya berada di dalam kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan.

Apabila sistem EGIS dilaksanakan SPR mula menyedari kesilapan penentuan kedudukan Lokaliti berkenaan. Maka selaras dengan tindakan pembetulan Lokaliti yang sedemikian di kawasan-kawasan lain di seluruh negara, SPR juga membuat pembetulan kedudukan Lokaliti terhadap Lokaliti Jalan 16/2 Seksyen 16, Petaling Jaya.

Di atas muka bumi, Lokaliti tersebut sebenarnya terletak di kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan. Ianya sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen.

Bagi mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan lanjut berhubung dengan perkara tersebut, mereka bolehlah datang ke Ibu Pejabat SPR atau Pejabat SPR Negeri Selangor atau Pejabat SPR Wilayah Persekutuan.

Friday, April 13, 2012

PERTABALAN TERAKHIR KALAU PAKATAN RAKYAT AMBIL ALIH???

BENCINYA Pakatan kepada institusi beraja di Malaysia bukanlah satu perkara rahsia.  Perbincangan ini bukan berdasarkan apa yang keluar dari mulut Anwar, tapi juga berdasarkan kepada beberapa kejadian yang telah berlaku sebelum ini menunjuk kepada hakikat tersebut.  Kalau ikut apa cakap Anwar, semuanya pun dia akan turut, dia akan pertahankan (kita semua tahupun Anwar cakap saja lebih).

Paling jelas tentulah mengambil iktibar apa yang berlaku Perak bila kerajaan DAP (ber menteri besarkan PAS), runtuh kerana keengganan DYMM Sultan Perak memperkenankan permintaan Datuk Seri Nizar Jamaludin untuk membubarkan dewan setelah 3 ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan, melompat menjadi Bebas mesra Barisan Nasional (BN).

Ditambah dengan tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengeluarkan kenyataan untuk menyaman Sultan Perak berhubung perkara yang sama pada 2009, sehingga dituduh di bawah Akta Hasutan di Mahkamah.


Terbaru, blog AIDC mendedahkan disini sikap kurang ajar ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tidak menghormati majlis Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, di Istana Negara Jalan Duta semalam.  Dilaporkan beberapa ahli Parlimen Pakatan, ‘menghina’ setiap raja-raja Melayu dan pemimpin negara yang berjalan masuk ke dewan tempat istiadat pertabalan dijalankan.

Semua ini mencetus persoalan, adakah kita rakyat Malaysia dapat sekali lagi melihat istiadat pertabalan yang unik di dunia ini berlaku lagi di negara kita jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dalam pilihanraya umum yang akan datang?  Bertahan lagikah institusi beraja yang menjadi payung kepada ketuanan Melayu di negara kita ini?

Ketuanan melayu dalam erti kata Sultan dan Raja mestilah terdiri daripada orang Melayu sahaja, bukan konsep ‘tuan dan hamba’ yang cuba diputar belitkan Pakatan Rakyat.

Memang proses untuk menukar kerajaan beraja kepada republik itu panjang, tapi itu bukanlah mustahil untuk dilakukan.

Sekarang pun cakap-cakap mengenai penubuhan republik itu sudah menjadi rahsia umum di kalangan pemimpin pembangkang, terutama DAP.  Antara sebab kenapa Datuk Dr Hasan Ali dan NGO Jatinya memilih pendekatan IMR (Islam, Melayu & Raja) kerana beliau sedar dengan agenda jahat DAP semasa menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dulu.

Usaha yang bakal dilakukan begitu sistematik, bermula dengan mengikis sedikit demi sedikit hak Melayu dan Islam di negara ini.  Sebab itu perkara-perkara berkaitan ibadah yang dulu boleh dilakukan di negara ini oleh umat Islam tanpa halangan, kini menjadi kesalahan di negeri atau kawasan yang dikuasai DAP.

Antaranya tradisi bertakbir dari rumah ke rumah pada malam sambutan Hari Raya Aidilfitri, malah mengaji sebelum kedatangan Azan pun kini sudah menjadi satu ‘kesalahan’.


DAP tidak akan bising kalau tidur diganggu dengan bunyi letupan mercun setiap kali malam perayaan, tapi akan bising (malah membuat laporan polis) kalau pembesar suara masjid berhampiran mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebelum Azan atau jemaah bertakbir dari rumah ke rumah.

Peliknya, parti yang majoriti dianggotai orang Melayu dan Islam, PAS dan PKR redha dengan semua tindakan DAP ini.  Paling jijik tentulah PAS, sanggup mencari ayat-ayat al-Quran yang boleh ditunggang terbalik untuk menyokong tindakan DAP itu.

Pakatan, terutama DAP tahu, selagi orang Melayu dan institusi Islam di negara ini kuat, selagi itulah sistem beraja ini tidak akan dapat disentuh.  Maka itu mereka mengambil pendirian menyerang Melayu dan Islam untuk melemahkan yang di atas (sistem beraja).  Malang dan sedihnya, masih ada segelintir orang Islam dan Melayu sendiri yang bersekongkol dengan puak-puak ini tanpa menyedari mereka sendiri bakal menjadi mangsa penindasan jika penubuhan republik itu  menjadi kenyataan.

Kalau ikut cakap memanglah semua akan nafikan tapi itu semua demi undi.  Kalau sebut terus terang nanti, undi lari dengan sendiri.  Contoh DAP dan Malaysian Malaysia.  Terang-terang konsep Malaysian Malaysia itu mengikis hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan tapi selamba Lim Kit Siang boleh kata DAP akan sokong perlembagaan persekutuan.

Logiknya, kalau nak bagi semua sama rata (Malaysian Malaysia), bagaimana pula dalam masa yang sama kekalkan hak keistimewaan melayu?

Justeru, WAJIB semua orang Melayu dan Islam di negara ini bersama-sama dengan UMNO, Barisan Nasional dan NGO-NGO yang berjuang mempertahankan perlembagaan Malaysia dan institusi beraja/Islam di negara ini demi masa depan negara yang lebih baik.

Tuesday, April 10, 2012

TUNTUTAN MELAMPAU DONG ZONG BUKAN SEMANGAT 1MALAYSIA!!!

SUKAR menjadi pemimpin Cina yang berada di pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam suasana politik hari ini.

Itu yang dialamin Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong, dari MCA apabila dikutuk dan diejek hanya kerana mahu mendengar dan mencari penyelesaian kepada isu sekolah Cina yang dibawa Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Ahad lalu.

Walaupun tidak dijemput, Wee  insaf dia perlu hadir pada mesyuarat itu untuk mendengar sendiri masalah sekolah Cina. Dengan restu kepimpinan tertinggi BN, Wee hadir tanpa menghiraukan risiko bakal dialami.

Nyata pemimpin MCA ini bukan saja dikutuk dan diejek, malah sampai ada yang mahu mengetuk kepalanya dengan surat khabar dan hampir ada tangan melayang ke mukanya.

Namun, Wee masih boleh bertenang kerana sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mendengar suara rakyat, apa lagi kaumnya yang kelihatan marah dengan kerajaan kononnya tidak membela nasib kaum Cina, malah ada yang mendakwa dilayan seperti warga kelas kedua.

Begitu banyak komen dan analisis mengenai kejadian menimpa Wee dan ramai pula tidak percaya dengan tuntutan yang dibuat Dong Zong, yang kelihatan sering muncul apabila politik negara memasuki musim pilihanraya umum.

Tuntutan Dong Zong nyata mencabar kesabaran bangsa Melayu. Antara tuntutan yang mendesak Kementerian Pelajaran mengambil tindakan serta merta ialah:
  1. Memindah keluar semua guru yang tidak mempunyai kelayakan Bahasa Mandarin peringkat SPM dari sekolah rendah Cina;
  2. Menyediakan kursus khas untuk guru Bahasa Mandarin yang mengajar Bahasa melayu (BM) atau Bahasa Inggeris (BI) bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun, bagi membolehkan mereka layak untuk mengajar ketiga-tiga matapelajaran Bahasa Mandarin, BM dan BI.
  3. Membuat reformasi silibus latihan guru bagi memastikan lebih ramai guru boleh berbahasa Mandarin yang diperlukan sekolah Cina.
  4. Mengkaji semula Akta Pendidikan bagi memastikan sekolah vernakular diberi status yang sama dan dijamin kedudukannya sebagai sebahagian sistem pendidikan kebangsaan.
"Melihat semua tuntutan ini bukan sahaja orang Melayu marah, tapi orang Cina yang sayangkan Malaysia juga marah... di mana agenda nasional Dong Zong?

"Mengapa mereka tidak terus meletakkan syarat - tidak ada seorang pun guru berbangsa Melayu atau bangsa lain dibenarkan atau layak mengajar sekolah Cina.

"Bagaimana kami pemimpin Cina boleh mempertahankan kewibawaan sebagai pemimpin Malaysia daripada pelbagai bangsa, jika kami tunduk dengan tuntutan Dong Zong," kata Wee ketika ditemui di Parlimen, khamis lalu.

Soalan Wee ini wajar diajukan kepada Dong Zong - apakah matlamat meletak tuntutan jelas menjurus kepada usaha menyekat secara halus kemasukan guru bangsa lain di semua sekolah Cina.

"Malaysia ialah sebuah negara pelbagai kaum. Penyerapan nilai murni sebagai rakyat Malaysia bermula di sekolah, tuntutan Dong Zong ini hanya akan menimbulkan kemarahan bangsa lain.

"Justeru, Kementerian Pelajaran akan bertegas dan kekal dengan keputusan yang sudah dipersetujui. Tuntutan tidak praktikal dan bertentangan dengan nilai 1Malaysia sudah pasti tidak diterima," kata Wee.
Penulis politik, Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah, seorang Cina beragama Islam juga tidak lari daripada meluahkan rasa marah apabila berkata, tuntutan Dong Zong ini amat tidak logik dan melampau dan kerajaan sepatut boleh membaca strategi lapuk ala komunis mereka.

"Jangan gentar sama sekali dengan ugutan menjelang pilihanraya. Biar kalah tetapi bermaruah, daripada menang tetapi tergadai segala-galanya. Generasi akan datang menderita, kita akan dikutuk selama-lamanya," kata Ridhuan.

Ridhuan yang mengajar di Universiti Pertahanan nasional malaysia, menggelar kumpulan Cina seperti Dong Zong ini sebagai 'ultra kiasu' dan akan menggunakan apa saja demi kepentingan mereka.

Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memperkenalkan konsep 1Malaysia, mereka 'memperalatkan' konsep itu untuk menuntut hak samma rata dengan golongan pribumi yang dilindungi perlembagaan.

Tuntutan Dong Zong bukan saja bertentangan konsep 1Malaysia, bahkan ia bertujuan menutup terus pintu sekolah Cina kepada guru bangsa lain.

Tuntutan Dong Zong juga langsung tidak mencerminkan sikap toleransi sebagai sebahagian rakyat Malaysia. Mereka tidak kisah sekiranya masih ramai bangsa Cina yang tidak tahu berbahasa Melayu atau berbahasa Inggeris, malah tidak teragak-agak mencipta koloni bangsa Cina tanpa sedikit menghiraukan keperluan untuk menjadi rakyat Malaysia yang sejati.

"Apabila melihat pemimpin DAP berada di barisan hadapan menyokong tuntutan Dong Zong ini, terbukti ini adalah golongan pemimpin yang talam dua muka. kita tidak payah bercakap mengenai konsep 1Malaysia BN, kerana tindakan DAP ini sekaligus menghapuskan konsep 'Malaysian Malaysia' mereka sendiri," kata seorang wartawan dan blogger.

Satu lagi persoalan timbul dengan tunttan Dong Zong ini, apa gelaran yang perlu kita beri kepada mereka yang mengaku sebagai rakyat Malaysia tetapi terus terkial-kial berbahasa melayu dengan sempurna, layakkah mereka diberi status sebagai warga Malaysia?

Petikan: Berita Harian, Ruangan Rencana, Tulisan Jamhariah Jaafar, 06 April 2012

Tuesday, April 3, 2012

BUKTI KERAJAAN BN PENUHI JANJI !!!

‘‘Kita telah dan akan sentiasa berterus terang dengan rakyat tentang apa yang kita mampu dan apa yang kita tidak mampu lakukan, sebaliknya amat mudah bagi sesetengah pihak untuk menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala tanpa memikirkan kesannya’’.





LEBIH LAGI KLIK SINI !!