ISU BEKERJA DGN NAMEWEE
by Afdlin Shauki on Friday, 16 September 2011 at 17:59
Hello semua, ini statement rasmi saya mengenai isu yg hangat diperkatakan setakat ini. Saya meminta kesabaran kepada semua pihak dalam hal ini dan fahamilah.
Assalammualaikum semua, pertama sekali biar saya cakap yang saya sangat menghargai pendapat anda semua dan gua respek passion awak semua kepada agama , bangsa dan negara kita. Saya pun sayang gila dgn peminat dan penyokong saya dan tak sekali ingin menyakiti hati mereka.
Tapi semua pergerakan saya secara peribadi dan kerja gua bersebab jadi saya mahu memperjelaskan kenapa saya bekerja dgn Namewee. Jika betul awak semua mengikuti perkembangan saya, awak mesti dapat baca pendirian hidup saya, Kalau awak tengok hasil kerja seni saya sebelum ini sudah pasti anda mendapati semuanya berbentuk positif dan mengarah kepada membuka minda kita semua supaya menjadi org yg lebih baik.

Perasaan saya pun sama macam awak semua. Saya pun marah dan berasa sangat tak puas hati suatu ketika dulu ketika Namewee melakukan pekara yg sekarang ni membuat dia di benci org.
Selepas dia meminta maaf kepada kerajaan dan rakyat malaysia semua, saya berpeluang untuk berjumpa dgn beliau menerusi kawan saya Pete Teo, bila berbual dgn beliau saya dapati yg dia betul-betul mahu memperbetulkan kesalahannya dulu, saya nampak sesalan dalam dirinya dan dalam usia darah mudanya dia telah melakukan sesuatu yg mengikut perasaan dan sekarang menerima padahnya.

Pada pendapat saya kalau betul dia sayang malaysia dan dia nak buat satu projek yg mempromosi perpaduan antara rakyat kita, saya bersetuju untuk berkerjasama. Pada pendapat saya, kalau seseorang tu mahu mengambil tanggungjawab atas kesilapannya dulu dan memperbetulkannya kita patut sokong.
Kita semua tahu Tuhan pun maha pengampun dan penyayang, dan saya adalah seseorang yg tak percaya dengan dendam dan kebencian, kerana benda it selalunya membawa padah.
Masyarakat kita pun banyak menerima kembali org.-org yg membuat silap, Tun Mahathir (Hero gua yg. amat gua sayangi) pun pernah memasuki ISA, Hishammudin Rais di beri pengampunan untuk kembali ke malaysia, Abg Jamal Abdillah pernah membuat silap dan meminta maaf dan diterima kembali oleh masyarakat... Janganlah kerana Namewee berbangsa lain kita tak boleh menerima permintaan maafnya.

Point saya adalah, kalau seseorang itu mahu merubah ke arah kebaikan kenapa tidak kita beri peluang dan dalam waktu yang sama, pantau kerja dia supaya dia tak mengulangi apa yg pernah dia buat dulu. Kalau dia buat lagi, maknanya, maaf dia tak ikhlas dan PADA ketika itu buatlah apa yang patut, kita nak pulaukan dia ke nak buang negara ke, saya akan sokong sekuat-kuatnya. Semua org buat silap, dan ketika sedar mahukan pengampunan, bayangkan diri kita sendiri dalam situasi itu... mari kita tunjukkan kemuliaan kita dgn mengikuti sifat pengampun.
Benci-dendam membawa kepada kehancuran marilah kita semua mencari jalan perbincangan untuk mengubati masaalah dalam hidup kita. Saya sayang Bangsa saya dan saya sangat sayang Negara gua. Saya sanggup lakukan apa untuk memastikan negara kita terus aman, makmur dan sejahtera. Assalammualaikum.
Untuk pengetahuan semua, Projek-projek ini bukanlah dilakukan kerana duit, pasal diorang memang takde duit untuk melaksanakan projek 'undilah' dan 'nasi lemak 2.0' ni.
Maaf kalau ada tersilap kata, segala yang buruk datangnya dari saya dan yang baik semuanya dari tuhan.
sumber klik SINI !!
ok, pertama sekali aku nak timbulkan persoalan ialah BILA MASA PULAK NAMAWEE HARAM J TU DAH MINTA MAAF SECARA TERBUKA KPD SEMUA RAKYAT MALAYSIA DGN TINDAKAN MELAMPAU MELALUI VIDEO2 KONTROVERSI tu?????
cer ingatkan aku balik kot2 aku ketinggalan maklumat..
kedua, VIDEO TERBARU NAMAWEE F**K UTUSAN MALAYSIA aper cer?? adakah afdlin akan menunaikan kata-katanyer untuk pulaukan Namawee??
tunggu dan lihat.