Friday, August 19, 2011

GEMPAR!! PENYOKONG BERSIH DAH INSAF ??

MAMAT BERSIH NI DENGAN BERSAHAJA DAN TERSENYUM RIANG BERJALAN MENUJU KE TEMPAT BUBUR LAMBUK DIAGIHKAN KEPADA ORANG RAMAI DI PANTAI REMIS, PERAK. PROGRAM IHYA RAMADHAN 1432H YANG DIANJURKAN OLEH KERJAAN NEGERI PERAK MENDAPAT SAMBUTAN DARIPADA PENYOKONG BERSIH. DIA DAH INSAF KOTTT.....??!!??!

Tuesday, August 16, 2011

DAP CUBA MAIN BELAKANG ?!

PAS DAN PKR TAK TAHU KER ....??? YANG DAP NAK BOLOT KAWASAN MAJORITI MELAYUUUUU??

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairudin amat terkejut, kecewa dan marah dengan tindakan samberono Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.

Katanya, beliau berasa musykil dengan keputusan tersebut kerana tidak yakin bahawa JHEAIPP akan mengeluarkan arahan sedemikian kecuali ada tangan-tangan ghaib yang melakukannya tanpa kerelaan dari jabatan tersebut.

“Saya percaya bahawa wujudnya tekanan daripada pihak lain sehinggakan JHEAIPP terpaksa akur dan mengeluarkan arahan sedemikian sedangkan dalil yang diberikan boleh diperbincangkan,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau yang juga bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam di negeri tersebut melihat alasan yang diberikan untuk membolehkan larangan tersebut bukanlah sesuatu yang munasabah kerana ada dalil lain yang boleh digunapakai.

Larangan tersebut dibuat atas alasan bahawa amalan bacaan al-Quran bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

“Sudah lebih beratus tahun amalan ini dilakukan oleh umat Islam dan ia bukan hanya tertakluk di Pulau Pinang saja tetapi di seluruh Malaysia. Tambahan pula amalan ini tidak pernah dipertikaikan oleh mana-maan pihak kerana ia telah dianggap sebagai adat setempat yang membawa kebaikan.

“Dengan adanya bacaan al-Quran sebelum subuh, ia dapat memberi makluman bahawa waktu Subuh semakin hampir apatah lagi dalam bulan Ramadan ini, ia mengingatkan bahawa waktu imsyak juga akan berakhir,” katanya lagi.

Tegas beliau, sekiranya benar bahawa amalan tersebut adalah bertentangan dengan hukum syarak maka tentulah akan ada teguran oleh para ulama-ulama terdahulu yang tentunya lebih arif berkaitan hal tersebut.

“Jika bacaan al-Quran ini ditolak dalam Islam kenapa tidak ada apa-apa tindakan oleh para ulama malah mustahil mereka yang berpendidikan lebih tingga dan tahu hukum-hakam dalam Islam akan membiarkan kepincangan sedemikian atas agama tersebut.”

Jelasnya lagi, kekecewaannya berhubung perkara tersebut semakin tebal apabila Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim yang memberikan jawapan mengelak seakan tidak bersedia bagi memberikan ulasan berkaitan isu tersebut.

“Itulah padahnya meletakkan orang yang jahil seperti Abdul Malik dalam bidang yang seharusnya disandang oleh orang bertauliah dan berkredibiliti kerana saya tahu bahawa Abdul Malik tidak mempunyai latar belakang yang boleh melayakkannya menjawat Exco ini,” katanya.

Tegasnya, ini adalah antara usaha terancang pihak tertentu yang berselindung dalam politik bagi menghina Islam dan meletakkan bangsa Melayu dalam kedudukan yang amat rendah.

“Kita lihat bagaimana isu pembaptisan yang berlaku di gereja Selangor yang dengan mudah membuat Menteri Besarnya memohon maaf kepada paderinya sedangkan JAIS belum pun memberikan sebarang laporan.

“Agenda terancang mereka ini kemudian disambung dengan keputusan oleh JHEAIPP kerana mahu memberikan tekanan dan penghinaan kepada bangsa Melayu dan pastinya inilah kejayaan Dap,” tegasnya.

Terang beliau, secara jelas telah terbukti bahawa Dap adalah parti politik yang anti Islam dan anti Melayu sejak tahun 1969 lagi dan ia berlarutan sehingga hari ini.

“Dap ini masih sama dari dahulu hingga sekarang cuma formula politiknya hari ini dijelmakan dalam hubungan diplomatik yang akrab dengan kononnya berbaik-baik dalam pakatan Pas dan PKR tetapi agenda mereka tetap sama.”

Sehubungan itu, beliau menuntut Majlis Fatwa Kebangsaan dan menyeru semua ulama-ulama seluruh negara untuk bersatu dan bersama-sama memberikan keputusan yang sewajarnya berlandaskan kepada dalil yang kukuh demi kepentingan ummah. - MediaUMNO

Thursday, August 11, 2011

PAKATAN YANG SEMAKIN RAPUH ?!!?


PR adalah sebuah gabungan yang sudah hilang arah dan merasa kehilangan pemimpin yang boleh memanipulasikan pemikiran rakyat supaya benci dan tidak bersyukur dengan kebolehan yang dibina oleh BN dan UMNO selama ini.