Thursday, October 16, 2008

Pro & Kontra Kenyataan Tan Lian Hoe, Timb. Menteri Penerangan.

Photobucket
Rata-rata amat tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timb. Menteri Penerangan, beliau seolah seperti tidak tahu sejarah Kepulauan Melayu (merujuk kepada perpindahan lokasi yang dibuat oleh orang Melayu ke pulau-pulau Melayu yang ada) tetap mempunyai hak. Ini dapat ditekankan sebagai pendapat bahawa matapelajaran SEJARAH perlu dijadikan matapelajaran WAJIB LULUS.

Amat mengecewakan apabila seorang Timbalan Menteri Penerangan mengeluarkan kenyataan yang menentang perjuangan BN seolah-olah GERAKAN tiada persefahaman dalam BN lagi. Dalam pada masa yang sama keadaan politik negara yang dilanda masalah yang pelbagai boleh mengucar-kacirkan keadaan politik yang masih tidak stabil. Namun kedengaran suara yang menggesa supaya GERAKAN mengambil tindakan untuk memecat atau menggantung keahlian Ketua Wanita GERAKAN itu sepertimana UMNO menggantung keahlian Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera.

Namun yang demikian, kaum Cina khususnya berpendapat bahawa media cetak iaitu suratkhabar Utusan Malaysia dan Berita Harian telah memutar-belitkan kenyataan Timb. Menteri Penerangan dan berlaku salah faham kerana mesej yang hendak disampaikan disalah-erti. Alasan juga diberikan sepatutnya kaum Cina mendapat hak yang sama sepertimana kaum Melayu dek kerana ekonomi yang dibawa oleh kaum Cina.

Teresa Kok Yang Bengong!

Photobucket

Thursday, October 9, 2008

Karikatur. Macam-macam!

Hanya untuk santapan mata.
Macam-macam manusia buat untuk mencacatkan imej negara.


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Pecah Tembelang!

Gerakkan Hati... Hati gerakkan...Pandanglah aku.. Aku lah dia..

kulitku tebal..
ku kebal..
ingatku kebal..
hanya berbual..
makan angin kembung perut mual..
resah dan tidak senang..
hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang..


pecah tembelang... peta dah hilang...
bangau dah pulang... suara sumbang...


lidahku kaku tak selicin kuku..
teman baikku buku..
bini ku pena.. tak pernah lena..
aku suka mengintai pantang ditenung..
berakhir pertelingkahan dalaman pasti belum..

ikut gerak hati.. pena melayang.. dilihat dua layang..
pandang tak lah sekarang.. takat meradang..
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang.. main macam belakang parang..

kuhunuskan keris musuh ada pistol..
tradisi kekalkan adaptasi harus betul..
tujuh baris keramat tujuh garis penamat..
baik berpada biar jahat asal selamat..

ramai saudaraku yang baik telah dipijak..

awan mendung yang berarak..
bawa tangis bawa resah..
rebah rindu yang terkumpul..
semua birat dan kalimah..
semua janji yang terikat..
lebur disisimu..

ijazah terbaik datangnya dari jalanan..
dari pengalaman bercakap dan bersalaman..
konflik motivasi cuba medatasi..
positif dan benci jadi inspirasi pagi..

peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah..
halang biar keduanya muka cantik..
soalan bodoh yang ditanya..
jadi melodinya lebih hina dari zina..

lu bikin dosa ku bikin prosa..
testosterone testarosa..
cita-cita sosa kl kl kosa nostra..
jalan berliku ku harung roller coaster..
gah sentosa tiada penyesalan..
luas pandangan jauh dah berjalan..
tak sempurna masih ada kejanggalan..
gagal merancang, merancang kegagalan..

awan mendung yang berarak..
bawa tangis bawa resah..
rebah rindu yang terkumpul..
semua birat dan kalimah..
semua janji yang terikat..
lebur disisimu..

kucing bawa tidur..
rimau bawa igau..
masuk tempat orang..
bawa otak bukan pisau..

naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau..
turun bukit pucat dengar tiga miaww..
kucing bawa tidur rimau bawa igau..
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau..

tolak pintu gua tiga kerat tenaga..
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga..
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang..
menang dengan otak tak mesti dengan pedang..

sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang..
pura pura salah jawapan untuk naik berang..
panggil lima kawan atau biar pergi laju..
risaukan pekara remeh kita tak akan maju..
muka sama hijau hati siapa tahu..
merah dah menyala pasti mati siapa mahu..
gagap tiga kali bercakap benar saja..
bulan terang ramai yang keluar buat kerja..

panjat pokok buluh cari tukun air terjun..
naik sampai nampak dah terpegun turun..
tiga ular ikut lompat atau paut..
kalau lari mati jika jerut maut..

awan mendung yang berarak..
bawa tangis bawa resah..
rebah rindu yang terkumpul..
semua birat dan kalimah..
semua janji yang terikat..
lebur disisimu..

puisi hati mu... hati mu puisi...
palu hati ku... palu hatiku...

kulit tak besalin walau saling ganti baju..
pandang sini pandang sini..
ku berbahasa baku kata-kata nahu..
himpun jadi satu..
mantera beradu dengan irama dan lagu..

AKHIRNYA SEMPURNA...