bhnews@bharian.com.my
2010/08/18
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim, berkata peraturan itu akan mula dikuatkuasakan mulai sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos ini. Katanya, langkah itu bagi memastikan bendera dikibarkan sempena sambutan dua hari bersejarah di negeri ini iaitu pada Hari Keputeraan Sultan Perak pada 19 April dan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos. Bagaimanapun, beliau berkata, MBI tidak berhasrat untuk menyaman atau mengenakan kompaun terhadap premis perniagaan yang gagal berbuat demikian, tetapi hanya dimasukkan dalam syarat lesen perniagaan.
"Sebenarnya perkara seperti ini tak payah nak masukkan dalam syarat (lesen) pun, tetapi sikap masyarakat yang seperti tidak mengendahkannya kerana menganggap ia tidak penting memaksa kami berbuat demikian," katanya kepada pada sidang akhbar selepas perasmian Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat MBI di sini, semalam.
Beliau berkata, slogan `1Malaysia, Menjana Transformasi' dilihat begitu tepat bagi menjayakan hasrat Menteri Besar serta Perdana Menteri untuk menyatukan rakyat negara ini.
“Penyatuan berkenaan juga dilihat bakal menjadikan rakyat Malaysia lebih kuat bagi membantu menjana transformasi dalam pelbagai bidang seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di peringkat kebangsaan serta gagasan Perak Amanjaya di peringkat negeri,” katanya.
sumber : http://mforum1.cari.com.my/news/bh/readmore.php?article=Utara_KuatkuasakibarJalurGemilang/Article
No comments:
Post a Comment