Wednesday, August 11, 2010

RMK-10 : HALA TUJU BARU NEGARA

1. Apakah yang difahamkan dengan RMK10?

· RMK10 adalah jambatan ke arah negara berpendapatan tinggi.

· RMK10 boleh diibaratkan seperti membina sebuah rumah. Bumbungnya adalah gagasan induk iaitu 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Dindingnya adalah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang bersandarkan model ekonomi baru iaitu dilipatgandakan pendapatan . Lantainya yang sedang dibina, adalah RMK ke 10 dan seterusnya RMK ke 11.

· Maka tangga untuk menaiki rumah 1Malaysia ini adalah dasar-dasar keadilan sosial dan budaya pencapaian tinggi.

· Melalui RMK10, pendapatan perkapita melonjak kepada RM38845.00 menjelang tahun 2015.

· Malaysia perlu berani berfikir dari luar kotak. Kita tidak boleh memenjarakan pemikiran. Kita tidak boleh terperangkap dengan himpunan peristiwa serta pelbagai saat suka duka sehingga boleh menyebabkan berlakunya paralisis dari segi tindakan yang dirancang dan ingin dilaksanakan.


2. Bagaimana RMK10 dapat menangani masalah rakyat?

· RMK10 adalah untuk semua rakyat tanpa kira bangsa, agama dan kebudayaan. Ia akan dinikmati oleh semua lapisan rakyat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

· Kesulitan yang dihadapi oleh rakyat boleh didapati melalui maklumbalas dan tinjauan mesra.

3. Adakah RMK10 memberi tumpuan kepada membasmi ke miskinan?

· Ia memastikan setiap rakyat dapat menikmati kemakmuran hasil pembangunan Negara

· Pendekatan ini akan menjamin keadilan sosial kepada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan dan tidak akan ada sesiapa pun berasa terpinggir.

· Kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat.

4.Bagaimana dengan kedudukan golongan terpinggir?

· Golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya yang mendiami di rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta orang asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia akan diberi tumpuan.

· Kerajaan akan membela mereka yang kurang bernasib baik ini untuk keluar daripada cengkaman kemiskinan.

· Kerajaan sedang mempertimbangkan kaedah untuk memberi hak milik tanah kepada masyarakat orang asli dan bumiputera di Sabah dan Sarawak untuk membolehkan mereka membuat pertanian secara bersepadu.

· Tumpuan akan diberi untuk memperbaiki kualiti hidup pekerja ladang.

· Penduduk yang tinggal di kawasan kampung cina juga akan diberi bantuan. Kini, terdapat 280 000 isi rumah yang tinggal di kawasan Kampung Baru Cina.

5.Bagaimana pula kedudukan bumiputera?

· Agenda pembangunan bumiputera akan terus diberi penekanan selaras dengan konsep pertumbuhan dan pengagihan.

· Memandangkan persekitaran ekonomi global dan domestik yang lebih mencabar, tibalah masanya untuk dilaksanakan transformasi di dalam agenda pembangunan bumiputera bagi mewujudkan penyertaan syarikat bumiputera yang berdaya saing dan berdaya maju.

· Pendekatan baru ini akan berasaskan kepada prinsip-prinsip iaitu mesra pasaran, berdasarkan keperluan, merit dan ketelusan.

6. Apakah cara untuk memperkasakan agenda pembangunan bumiputera?

· Ada 5 inisiatif strategik:

A) Pemilikan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian seperti PNB, LTAT dan Tabung Haji.

B) Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera seperti Kampung Baru.

C) Menambahbaik program pembangunan kemahiran dan keusahawan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan bumiputera.

D) Membangunkan guna tenaga profesional bumiputera.

E) Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan bumiputera.

7. Bagaimana rakyat boleh memanfaati dari RMK10?

· Kerajaan akan memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur bukan fizikal termasuk pembangunan modal insan dan keupayaan inovasi yang lebih mantap.

· Ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada program pembangunan kemahiran dan aktiviti R&D dan juga modal
teroka.

· Pendekatan ini akan melibatkan sektor swasta untuk turut serta melabur.

· Sektor swasta diminta tawar latihan kepada lepasan universiti.

8. Bagaimana RMK10 dapat membangunkan modal insan bertaraf dunia?

· Kerajaan akan salur peruntukan besar modal insan.

· Kerajaan akan mengambil langkah holistik bagi memperkukuh sistem pendidikan dan latihan, bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak sehingga peringkat pengajian tinggi.

· Kerajaan juga akan pastikan kualiti guru dan tenaga pengajar mencapai tahap yang sewajarnya.

· Kerajaan akan menubuhkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) untuk membolehkan pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan

· Keperluan guru Bahasa Mandarin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina serta Sekolah Kebangsaan juga akan dipertimbangkan.

· Nisbah guru siswazah di sekolah rendah akan ditingkat daripada 28% kepada 60%.

· Program persiswazahan guru akan dipergiatkan. Syarat kelayakan pelantikan guru pra sekolah akan ditingkatkan kepada diploma dan sarjana muda.

9.Dapatkah RMK10 menangani masalah graduan yang menganggur?

· Pendidikan teknikal dan latihan vokasional merupakan landasan alternatif yang baik bagi pelajar merealisasikan potensi mereka dan ini akan dipertingkatkan. Kerajaan sedar bahawa 100 000 lepasan SPM atau 22% memasuki pasaran kerajaan setiap tahun tanpa latihan kemahiran.

· Peningkatan kompentesi graduan, employability atau boleh upaya diambil kerja graduan akan menjadi salah satu daripada KPI universiti.

· Peningkatan kompentesi graduan, employability atau boleh upaya diambil kerja graduan akan menjadi salah satu daripada KPI universiti.

· Kerajaan akan menubuhkan Talent Corporation yang akan mengenalpasti kekurangan kemahiran di sektor-sektor utama, serta menarik dan mengekal modal insan berkemahiran yang diperlukan. Kini terdapat lebih 700000 rakyat Malaysia yang berkemahiran yang bekerja di luar Negara.
· Bagi menggembleng potensi intelektual dan kepakaran yang sedia ada di IPTA , Kerajaan telah pun menubuhkan Majlis Profesor Negara.

10. Bagaimana hendak mencapai matlamat RMK-10?

· Cara untuk mencapai matlamat RMK-10 adalah berdasarkan kepada beberapa pendekatan iaitu:

A) Gagasan 1Malaysia; rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
B) Program Transformasi Kerajaan atau GTP
C) Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang bersan darkan Model Baru Ekonomi
D) Dua Rancangan Pembangunan 5 tahun iaitu RMK-10 dan RMK-11

· Empat perkara di atas ini didokong pula oleh 4 nilai asas pelengkap

A) Membudayakan kreativiti dan inovasi
B) Mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan
C) Nilai untuk wang atau value for money
D) Nilai integriti

11. Berapakah peruntukan RMK-10?

· Sebanyak RM230 billion akan diperuntukan untuk melaksanakan RMK-10.

· Peruntukan ini melibatkan 55% untuk projek ekonomi, 30% untuk program sosial, 10% untuk memperkukuhkan keamanan dan keselamatan dan 5% untuk menampung kos pentadbiran.

12. Contoh-contoh peruntukan projek/program adalah seperti berikut:

· RM150 million akan diguna untuk melatih 20000 pelajar yang tercicir. RM80 million disediakan untuk pekerja-pekerja yang kehilangan pekerjaan tanpa pampasan. RM 500 million untuk tujuan pinjaman kepada pekerja dan mereka yang sudah tamat pelajaran menjalani latihan dan peningkatan kemahiran.

· Jalur lebar akan diperluasakan sehingga 75% menjelang 2015. Rm 2.7 billion untuk membina jalan dan landasan kereta api untuk menuju ke pelabuhan dan lapangan terbang.

· Kemudahan elektrik akan dilaksanakan ke hampir 100% ke kawasan luar Bandar di Semenanjung dan 99% Sabah dan Sarawak.

· Air bersih akan disalurkan ke hamper 99% untuk penduduk di luar bandar di Semenanjung, 98% di Sabah dan 95% di Sarawak.

· RM6.37 million untuk membina 197 klinik baru bagi penggal baru RMK-10

· RM2.4 billion untuk menaiktaraf balai-balai polis , perumahan dan memperbaiki karier anggota polis.

· 6312 km jalan baru akan dibina di Semenanjung , 2540 km di Sabah dan 2819 km di Sarawak.

· 7800 unit rumah murah akan dibina untuk mereka yang menerima gaji kurang daripada RM 2500 sebulan.

No comments: