Wednesday, July 1, 2009

HINDRAF MENGAMUK TERHADAP DAP!

Bertarikh 30hb Jun 2009, di IPOH, 30 individu mendakwa anggota Hindraf dengan membawa sepanduk dan poster berjalan kaki kira-kira 100 meter ke Wisma DAP sebelum bersurai atas arahan polis. Seorang daripada mereka, P. Ramesh, berkata demonstrasi itu diadakan bagi menghantar mesej kepada Ketua Menteri Pulau Pinang agar tidak berdolak-dalik dalam isu itu. Katanya beliau berharap Lim akan menyelesaikan isu itu secepat mungkin dan menurutnya mereka percaya yang beliau mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.






Kedua-dua Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang turun padang untuk bertemu dengan penduduk setinggan Kampung Buah Pala yang telah diarahkan mengosongkan rumah mereka Khamis ini oleh pemaju manakala demontrasi berhubung isu sama turut diadakan di sini, di Petaling Jaya dan Ipoh. Mansor Othman dan P. Ramasamy memberitahu penduduk kampung terbabit, dikenali sebagai High Chapparal Pulau Pinang, bahawa pemaju telah bersetuju memberikan tempoh sebulan untuk penduduk berpindah dan kerajaan negeri akan mencari jalan penyelesaian dalam tempoh itu.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang memihak kepada pemaju pada 11 Jun, menyebabkan 300 penduduk kampung yang mendiami 41 rumah di penempatan kaum India berusia 100 tahun itu tidak mempunyai pilihan selain mengosongkan rumah mereka menjelang Khamis ini seperti dikehendaki pemaju. Selepas mengadakan perjumpaan dengan Mansor dan Ramasamy, seorang penduduk kampung itu A. Drabiam, 84, menggesa kerajaan negeri mengembalikan semula kawasan itu kepada penduduk sepertimana janji Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kempen pada pilihan raya umum tahun lepas.
Beliau mendakwa Anwar tidak pernah melawat kampung itu selepas pilihan raya itu.

Monday, June 29, 2009

Nik Aziz Berdebat Dengan Lim Kit Malam & Punggok Anwar!

KOTA BHARU, 27 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau bertekad untuk berdepan secara terbuka dengan Presiden Umno, DatO' Seri Najib Razak dalam masa terdekat menerusi 'mujadalah' (debat). Beliau berkata, untuk tujuan itu draf surat rasmi telah pun disiapkan dan akan dikirimkan dengan kadar segera kepada Najib yang juga Perdana Menteri Malaysia itu.

"Hari ini saya nak beritahu bahawa saya sudah siapkan draf surat khusus untuk Presiden Umno.
"Saya nak minta Presiden Umno berdepan dengan saya bulat-bulat, secara terbuka, tidak secara sulit kerana perkara ini telah terbuka secara umum sejak 1951, tak habis-habis.
"Saya mahu penjelasan kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS sedangkan PAS ini guna Islam (dalam dasar parti, perjuangan dan pemerintahannya)".


Kenapa Nik Aziz begitu sibuk mahu berdebat dengan PM,beliau mengambarkan seolah olah kerajaan UMNO menentang Islam, syiar Islam tidak pernah tersekat,tidak pernah terhalang,masjid masjid di bantu,baitulmal ditubuhkan,pusat urus zakat dsb. Sepanjang lebuhraya Utara Selatan berapa banyakkah surau di R & R? Berapa banyak kah surau antara Madinah ke Makkah?
Sepatutnya Nik Aziz mengajukan soalan itu dan berdebat dengan Anwar Ibrahim & Lim Kit Siang, yang jelas memperjuangkan negara ke arah lebih liberal. Kenapa Nik Aziz tidak mahu berdebat dengan Lim Guan Eng ,Lim Kit Siang & Karpal Singh yang jelas menentang negara Islam? kenapa terlalu hipokrit? adakah kerana Umno itu melayu,maka Nik Aziz agak lebih berani sedikit untuk berhujah, barangkali Nik Aziz takut kepada Tuan DAP nya?

source from www.pisau.net

Wednesday, June 17, 2009

NGOK NIZAR!

WAHAI SEKALIAN UMAT PAS DAN PENYOKONG PAS DAN SEANTERO PAKATAN HARAM, APAKAH YANG HENDAK KALIAN KATAKAN? NESCAYA ANDA PUN TAK AKAN MENGAKU PERBUATAN TERKUTUK POJAAN KALIAN IAITU NGOK NIZAR SEPERTI SEDEMIKIAN RUPA. MEMALUKAN!

Monday, June 15, 2009

MB Perak Turun Padang Bertemu Rakyat.


Dr. Zambry bermotosikal melawat kampung-kampung setinggan di sekitar kawasan Parlimen Ipoh Timor, untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat. Langkah seperti ini membimbangkan Pakatan Pembangkang Haram.


Ketibaan pemimpin yang berjiwa masyarakat disenangi penduduk sekitar.


Pemimpin erat demi mempertahankan agama, bangsa dan negara.


Bacaan Doa dan Ucapan Pengerusi JKKKP Kg. Cempaka Sari


Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor & Menteri Besar Perak yang sah!


Ucapan yang diberi demi membela nasib penduduk.


Anak-anak perintis masa hadapan mencuri peluang berjumpa MB Perak.

Antara penduduk sekitar yang hadir dan mendengar dengan penuh khusyuk.


Berbilang kaum dan bangsa membanjiri dewan orang ramai Kg. Tok Cendang.