Wednesday, May 9, 2012

SIAPA NIK AZIZ BERBANDING AHLI JKUASA MAJLIS FATWA ???


Berikut adalah kenyataan Nik Aziz tentang fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai BERSIH, “…apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata.”



Nik Aziz juga menuduh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai tidak tahu menahu mengenai tuntutan BERSIH, tidak mendengar penjelasan ke dua belah pihak serta bersifat berat sebelah.

Bahasa mudahnya ialah, bagi Nik Aziz, jika sesuatu keputusan itu tidak memberi keuntungan kepada PAS, maka secara automatik ia adalah tidak adil atau berat sebelah atau pembuat keputusan adalah orang yang jahil atau jahat.

Dalam erti kata lain, garapan pendapat 24 orang Ulama termasuk 14 Mufti adalah tidak setanding dengan pandangan seorang Ulama PAS, sekiranya ia tidak mengambil kira kepentingan parti PAS.  

Justeru, kita ingin bertanya Nik Aziz, atas dasar apa beliau menuduh ahli-ahli jawatankuasa majlis fatwa sebagai berat sebelah atau tidak tahu butiran terperinci mengenai BERSIH? 

Adalah tidak masuk akal bagi jawatankuasa tersebut untuk membuat fatwa tentang perkara yang menjadi permasalahan, tanpa terlebih dahulu mengkaji kesemua aspek mengenainya.  Pastinya, jawatankuasa ini telah mengambil masa meneliti, merujuk, membincangkan, menganalisa, dan memikirkan sedalam-dalamnya mengenai perkara tersebut sebelum mengeluarkan fatwa. 

Mereka bukannya budak-budak hingusan atau orang-orang yang tiada kelayakan, untuk mengeluarkan fatwa mengikut sesuka hati dengan hanya mendengar sebelah pihak.  Mereka cukup arif akan tanggungjawab dan amanah besar ke atas mereka agar memastikan fatwa yang dikeluarkan tidak sama sekali dipengaruhi emosi atau sentimen politik semasa

Ahli jawatankuasa tersebut juga bukan terdiri dari satu dua orang tetapi 24 orang kesemuanya yang kelulusan mereka adalah jauh lebih tinggi dari Nik Aziz sendiri. 

Maka adalah tidak wajar bagi Nik Aziz untuk menyamakan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dengan Ulama-ulama PAS yang begitu mudah mengeluarkan fatwa sesuka hati mengikut emosi dan kepentingan parti.   Sedangkan, tidak semua Ulama di Malaysia ini gila politik seperti Ulama PAS dan tidak semua orang dungu seperti pengikut-pengikut PAS. 

Nik Aziz harus sedar bahawa di luar ‘dunia PAS’ yang sempit itu, manusia masih boleh bertindak secara rasional dan professional tanpa mengaitkan segala-galanya dengan politik.  Hanya di dalam dunia PAS sahaja di mana manusia melakukan segala-galanya atas nama politik dan juga nafsu kerana di dalam dunia PAS, akal adalah tidak perlu sama sekali. 

Oleh itu, janganlah Nik Aziz menganggap Ulama-ulama lain juga sepertinya. 

Ulama lain, seperti mereka yang menjadi ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak perlu mengubah atau memanipulasi hukum hakam dalam Islam demi kepentingan sesiapa.  Mereka bekerja kerana Allah S.W.T bukan kerana ingin ke Putrajaya.  Dan Nik Aziz tiada hak mahupun kredibiliti untuk mempertikai cara mereka bekerja dan mengeluarkan fatwa. 

Nik Aziz sebenarnya yang patut belajar mengkaji bukan sahaja mengenai BERSIH dan tuntutannya tetapi juga mengenai agama Islam itu sendiri.  Kita bimbang kalau-kalau Nik Aziz terlepas pandang akan peringatan Allah S.W.T mengenai Ulama jahat di akhir zaman yang amat menepati sifat dirinya.

3 comments:

Anonymous said...

NIK AZIZ BERGELAR BAPA KAFIR DAN ULARMAK KAFIR HARBI

GELARAN BAPA KAFIR UNTUK NIK AZIZ YANG DILEMPARKAN OLEH TANSRI RAHIM NOOR KENA PADA TEMPATNYA... APA TIDAKNYA... NIK AZIZ BERTANGGUNGJAWAP MEMIKUL BEBAN DOSA KEATAS SEGALA RUSUHAN DAN KEGANASAN YANG BERLAKU KEATAS BERSHIT3 BARU2 INI.

NIK AZIZ MENGHALALKAN PERHIMPUNAN GANAS UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN KERANA SUAKA POLITIK MURAHANNYA DAN MENYEMBAH PEMIMPIN BERHALA PELIWAT NEGARA YANG BERSEKUTU DENGAN YAHUDI, PENGAMAL LGBT DAN PENYOKONG GEJALA MURTAD SIAPA LAGI KALAU BUKAN PENGERUSI AMBIGABABI TANPA ADA RASA SALAH PUN DALAM DIRI.

SEDARLAH NIK AZIZ... GELARAN ULAMA YANG DIBERI TAK MEMBERI APA2 BUKTI SELAIN MENCERMINKAN PERIBADI NIK AZIZ ADALAH ULARMAK BERHALA SI KAFIR2 HARBI... JADI SEGAK DAN ELOKLAH DISARUNGKAN GELARAN BAPA KAFIR HARBI.

SAH INI ULARMAK BAPA KAFIR HARBI

KENYATAAN TERSEBUT TELAH MENCETUSKAN KEMARAHAN DARI PUAK2 DAN CUKONG2 PAS SEANTARO MALAYSIA... KONONNYA GELARAN YANG DIBERI ADALAH BERCANGGAH DENGAN SYARIAT ISLAM... ULAMA ADALAH PEWARIS NABI... TETAPI ULARMAK BABI MACAM INI BOLEHKAN DIANGKAT DAN DINOBATKAN SEBAGAI PEWARIS NABI ?

SETELAH DIMATIKAN HASSAN ALI... KINI GILIRAN HARUN DIN PULAK YANG MENANTI... PUAK2 PAS MENJADIKAN HARUN DIN SEBAGAI BERHALA DAN KERAMAT HIDUP SEBELUM ULAMA TUA INI MATI...

DULU SEDAP2 MULUT DUK KATA UMNO NI KAFIR KERANA BERSUBAHAT DENGAN MCA CINA KAFIR HARBI... TAPI SEJAK PAS MULA BERSEKONGKOL DENGAN DAP ... PERANGAI MEREKA LEBIH2 LAGI MALAH DAH JADI MACAM BABI...

SESUAI SANGATLAH TUH DAN TAHNIAH DAPAT GELARAN BAPA KAFIR HARBI... RUMAH PUN DAH KATA PERGI ..TANAH DAH KATA MARI.. TAPI NIK AZIZ MASIH TAK SEDAR2KAN DIRI..

Anonymous said...

1) al- quran adalah imam yang wajib kita turuti untuk membebaskan diri dari api neraka.

2) tujuan utama al-quran diturunkan adalah untuk membebaskan dan melepaskan diri dari tipudaya syaitan sehingga setiap perbuatan dan amalan allah syorkan agar dimulai dengan:

AKU BERLINDUNG KEPADA ALLAH DARI SYAITAN YANG DIREJAM.

sesungguhnya kalam allah yang banyak didalam al-quran ialah:

SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU ADALAH MUSUH KAMU YANG NYATA.....tapi nik aziz cakap boleh berkawan dengan syaitan untuk hancurkan umno.Ini bermakna nik aziz telah melanggar rukun iman iaitu percaya kepada al-quran dan seterusnya menderhaka kepada allah dan rasul.Secara umum nik aziz telah lama kafir sebab dia ulama dan sengaja menderhaka....wallahualam.

Anonymous said...

apa yang u cakap memang betul bro.Sesungguhnya: APA ITU IMAN?

IMAN ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu FASIK, MUNAFIK atau KAFIR