KOTA BHARU - Seramai 19 wanita warga Thailand
ditahan dalam serbuan yang dilakukan Imigresen Kelantan, di sebuah restoran
yang beroperasi sebagai pusat karaoke di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini
malam semalam.
Operasi pada jam 11.30 malam itu turut disertai
Pengarah Imigresen Kelantan, Mahasan Mustapha dan Ketua Bahagian Penguat kuasa,
Abdul Basek Abu Bakar.
Abdul Basek berkata, serbuan yang disertai 20
anggota dan pegawai itu dilakukan hasil risikan dan maklumat awam.
“Kesemua wanita terbabit dipercayai dijadikan
pegawai perhubungan pelanggan (GRO) sedang melayan lebih 70 pelanggan yang
sedang asyik menikmati minuman keras sambil berkaraoke.
“Mereka berusia antara
18 hingga 44 tahun dan akan ditempatkan di depoh tahanan Imigresen Tanah Merah
untuk sementara waktu sebelum dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk
tindakan susulan,” katanya kepada pemberita di pejabat Imigresen Telipot di sini
semalam.
Abdul Basek berkata, kesemua wanita terbabit
ditahan kerana melanggar syarat pas pelancong dan menggunakan pas terbabit
untuk bekerja sebagai GRO di bawah peraturan 39 (B) peraturan Imigresen 1963.
Beliau berkata, tangkapan terbabit merupakan
kejayaan terbesar melibatkan pusat karaoke pada tahun ini.
“Sepanjang tahun ini sehingga Mei, sebanyak 163
tangkapan telah dibuat yang melibatkan operasi di pelbagai tempat termasuk di
kawasan pembinaan dan penempatan.
“Pelbagai kesalahan dilakukan warga asing
berkenaan, termasuk tinggal di Malaysia melebihi masa permit yang ditetapkan
selain menyalah gunakan pas lawatan dengan bekerja di premis-premis perniagaan
dan pembinaan di sekitar negeri ini,” katanya.
SUMBER !!
SUMBER !!
No comments:
Post a Comment