Dakwaan yang mengatakan
bahawa kawasan mengundi bagi YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah
dipindahkan secara tidak sah oleh SPR adalah tidak benar dan tidak berasas.
SPR
telah memberi penjelasan terperinci kepada Ahli-Ahli Parlimen pada 16 April
2012 berhubung perkara ini. Walaubagaimanapun perkara ini terus diputar belit
untuk mengelirukan orang ramai yang tidak faham tentang isu pembetulan
kedudukan Lokaliti di dalam sesuatu Daerah Mengundi yang terletak di dalam
kawasan DUN dan Parlimen.
YAB Tan Sri Abd
Khalid bin Ibrahim telah mendaftar sebagai pemilih pada 1/1/1985 dengan
menggunakan alamat Jalan 16/2, Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor.
Semasa
pendataan borang pendaftaran tersebut, petugas SPR telah meletakkan alamat Lokaliti
beliau iaitu Jalan 16/2 di dalam kawasan DUN N.34 Bukit Gasing /Parlimen P.105
Petaling Jaya Selatan iaitu berdasarkan kepada alamat di dalam borang pendaftaran
tersebut. Pada masa itu SPR tidak menyedari bahawa di lapangan yang alamat Lokaliti
Jalan 16/2 itu adalah sebenarnya terletak di dalam Wilayah Persekutuan di mana
Jalan Datuk Abu Bakar merupakan sempadan rasmi antara negeri Selangor dan
Wilayah Persekutuan. Lokaliti Jalan 16/2 di mana YAB Tan Sri Abd Khalid bin
Ibrahim berdaftar sebenarnya berada di dalam kawasan Parlimen P.121 Lembah
Pantai, Wilayah Persekutuan.
Apabila sistem EGIS dilaksanakan SPR mula
menyedari kesilapan penentuan kedudukan Lokaliti berkenaan. Maka selaras dengan
tindakan pembetulan Lokaliti yang sedemikian di kawasan-kawasan lain di seluruh
negara, SPR juga membuat pembetulan kedudukan Lokaliti terhadap Lokaliti Jalan
16/2 Seksyen 16, Petaling Jaya.
Di atas muka bumi, Lokaliti tersebut sebenarnya
terletak di kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan. Ianya
sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan
pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen.
Bagi mana-mana pihak yang ingin
mendapat penjelasan lanjut berhubung dengan perkara tersebut, mereka bolehlah datang
ke Ibu Pejabat SPR atau Pejabat SPR Negeri Selangor atau Pejabat SPR Wilayah
Persekutuan.
No comments:
Post a Comment