Wednesday, November 2, 2011

JAIS SEDANG KESAN LOKASI PELAKON ?? SAPER DIA ??



SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sudah mengeluarkan perintah waran tangkap terhadap Bob Lokman, Jumaat lalu berikutan kegagalannya hadir memberi keterangan di pejabat pihak berkuasa agama itu kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah.
Pengarahnya, Marzuki Hussin, berkata pihaknya sedang berusaha mengesan lokasi penulis lirik, pelakon dan pengacara yang nama sebenarnya, Muhammad Hakim Lokman, 47, dan hanya menunggu masa untuk menahannya.
“Kita masih mengesan lokasi sebenar beliau dan sekiranya berada di Selangor, kita akan menahannya serta-merta kerana gagal hadir membantu siasatan berhubung tindakannya menyampaikan ceramah tanpa tauliah,” katanya ketika ditemui pada Seminar Hukuman Alternatif: Pelaksanaan dan Keberkesanan di sini, semalam. 

Bob Lokman sebelum ini ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, 10 Oktober lalu. Dia kemudian dibawa ke balai polis berhampiran sebelum dilepaskan atas jaminan polis. 

Bob Lokman ketika dihubungi beberapa kali sebelum ini enggan mengulas. 

Dia boleh dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor jika gagal memberi keterangan dengan sengaja dan tertuduh boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

No comments: