KOTA BHARU, 27 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau bertekad untuk berdepan secara terbuka dengan Presiden Umno, DatO' Seri Najib Razak dalam masa terdekat menerusi 'mujadalah' (debat). Beliau berkata, untuk tujuan itu draf surat rasmi telah pun disiapkan dan akan dikirimkan dengan kadar segera kepada Najib yang juga Perdana Menteri Malaysia itu.
"Hari ini saya nak beritahu bahawa saya sudah siapkan draf surat khusus untuk Presiden Umno.
"Saya nak minta Presiden Umno berdepan dengan saya bulat-bulat, secara terbuka, tidak secara sulit kerana perkara ini telah terbuka secara umum sejak 1951, tak habis-habis.
"Saya mahu penjelasan kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS sedangkan PAS ini guna Islam (dalam dasar parti, perjuangan dan pemerintahannya)".
Kenapa Nik Aziz begitu sibuk mahu berdebat dengan PM,beliau mengambarkan seolah olah kerajaan UMNO menentang Islam, syiar Islam tidak pernah tersekat,tidak pernah terhalang,masjid masjid di bantu,baitulmal ditubuhkan,pusat urus zakat dsb. Sepanjang lebuhraya Utara Selatan berapa banyakkah surau di R & R? Berapa banyak kah surau antara Madinah ke Makkah?
Sepatutnya Nik Aziz mengajukan soalan itu dan berdebat dengan Anwar Ibrahim & Lim Kit Siang, yang jelas memperjuangkan negara ke arah lebih liberal. Kenapa Nik Aziz tidak mahu berdebat dengan Lim Guan Eng ,Lim Kit Siang & Karpal Singh yang jelas menentang negara Islam? kenapa terlalu hipokrit? adakah kerana Umno itu melayu,maka Nik Aziz agak lebih berani sedikit untuk berhujah, barangkali Nik Aziz takut kepada Tuan DAP nya?
source from www.pisau.net
No comments:
Post a Comment