Pakatan Rakyat dilihat semakin bergolak. Terbaru 2 anggota ADUN dari PKR yang bernaung dibawah Pakatan Rakyat mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Speaker DUN Perak V. Sivakumar dari DAP. Ia berikutan pengumuman Sivakumar bahawa ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu meletak jawatan, tetapi dinafikan oleh mereka. Mereka menyifatkannya sebagai satu pembohongan.
Sementara itu Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beliau telah dihubungi Pengarah SPR Perak, En. Mohd Adli Abdullah yang memaklumkan telah menerima surat perletakan jawatan kedua-dua ADUN berkenaan, dan juga surat penafian perletakan jawatan oleh mereka. Susulan itu SPR akan bermesyuarat esok bagi menentukan satus 2 ADUN Perak yang dilapor meletak jawatan. Katanya, perkara tersebut perlu dibincangkan dengan teliti berikutan terdapat percanggahan fakta yang ketara hingga menimbulkan kekeliruan.
2 comments:
Agar golongan munafik ni mati cepat,
klau terjadi apa2 dgn rakyat perak makluk 4 ekor ni yang telah mnyebabkan berlakunya keadaan yg tidak stabil ni.....
Adun munafik................
ingat lah tempat yang paling layak untuk menepatkan org2 munafik ini
adalah neraka jahanam yang paling dalam,dan xakan keluar wat selama2 nya......
ingat lah kiter bkan selama idup didunia.................
tuan blog ni pun sama ler kn ingat gak......
Post a Comment