Monday, June 23, 2014

PAS TERUS MIMPI MENGENAI HUDUD - TAN KOK WAI




Pemangku pengerusi DAP Tan Kok Wai memberi amaran bahawa PAS tiada tempat dalam Pakatan Rakyat sekiranya terus berkeras untuk melaksanakan hukum hudud.

Tan berkata, PAS boleh “terus bermimpi” untuk menubuhkan negara Islam namun DAP tidak akan bersetuju dengan pelaksanaannya.

"Ketika kita menubuhkan Pakatan, kita tidak pernah bersetuju dengan negara Islam atau hudud,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Kenyataan sama disuarakan MP Seremban Anthony Loke yang menggesa PAS keluar dari Pakatan sekiranya enggan beralah dari usaha tersebut.

Tan turut memetik satu pepatah Cina yang bermaksud, setiap pihak perlu seiring dan sejalan untuk menjayakan rancangan mereka.

"PAS mesti mengambil kira kepentingan negara dan rakyat,” katanya.

Ditanya sekiranya ini merupakan pendirian rasmi DAP, MP Cheras itu memberi jawapan samar: “Ianya seperti dalam DAP... Jika anda tidak percaya pada cita-cita 'Malaysian Malaysia', tiada tempat untuk anda dalam parti”.

 Dalam kenyataannya, Tan turut menyelar MCA yang didakwanya memfitnah DAP kerana menyokong pelaksanaan hudud.

Katanya, MCA tidak harus menuding jari ke arah DAP dan DAP kerana parti komponen BN itu juga perlu menghalang Umno dari menyokong hudud.

Beliau mempersoalkan mengapa MCA – khususnya presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai – tidak bernai mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri lain kerana tidak menolak hudud.

“MCA tidak menentang atau menolak negara Islam apabila PAS menyertai BN pada tahun 1970-an.

"Namun sekarang mereka mahu turun ke jalan untuk memprotes dan Pemuda MCA mahu 'mengepung parlimen'.

"Ini sangat-sangat aneh,” katanya.

Thursday, November 21, 2013

SITI NURHALIZA VS KHAIRY JAMALUDDIN


SUKAN, khususnya bola sepak bukan bidang kegemaran penyanyi diva, Siti Nurhaliza berbanding minat semula jadinya pada nyanyian. Bagaimanapun berbanding dengan Siti, Khairy Jamaluddin atau KJ, tokoh muda yang dipilih semula menjadi Ketua Pemuda Umno baru-baru ini meminati sukan bola sepak. Sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan mengenai portfolio sukan, ia bukanlah perkara baru jika minat itu menjadi satu profesion pula.

Dalam setahun boleh dibilang dengan jari siti dan suaminya Datuk K, hadir dalam pertandingan bola sepak. Justeru bagi orang ramai komen Siti mengenai KJ bukannya komen mengenai prestasi sukan bola sepak yang menjadi bahan kritik rakyat sejak kebelakangan ini. Ia bagaimanapun menjurus kepada usahanya membela Presiden FAM Sultan Ahmad Shah yang juga Sultan Pahang.

Selain sebagai anak jati Pahang, Siti juga memperoleh anugerah yang membawa gelaran “Datuk” daripada baginda. Siti dilihat melihat kritikan terhadap FAM seolah-olah kritikan peribadi terhadap kepimpinan Tuanku sebagai Presiden FAM. Ia harus dibela bagi memperlihatkan kasih dan sayangnya tertumpah kepada duli tuanku.

Ironinya kita lihat ada elemen double standard dalam memperkatakan sikap Siti dalam banyak hal. Apabila PM Najib Razak dikritik seperti dalam isu Altantuya dan submarine scorpion, Siti tidak tampil mempertahankan Najib. Sedangkan Siti sedar, Najib juga seperti Tuanku, anak jati Pahang.

 Siti memilih mengkritik KJ. Kalau ikutkan Siti bukanlah duta FAM, malah badan sukan itu tidak memerlukan sokongan Siti dalam usaha pertahankan diri daripada dikritik.

Kalau bahasa perundangan Siti dilihat tidak ada loci standi. Kalau sebagai duta produk sekalipun, ia bercakap tentang produk bukan aspek negatif. Adalah malang, Siti dengan tidak faham konflik dan sejarah yang mencetuskan kontroversi cuba menjadi juara dengan menganggap kritikan KJ biadab. Siti mungkin terlupa sebagai menteri, KJ bertanggungjawab mengenai sukan termasuk FAM dan bola sepak.

Malaysia pernah menjadi gergasi bola sepak Asia tapi itu dulu. Tetapi sekarang mutu bola sepak di Malaysia jatuh merosot seolah-olah para pemain kita dan jawatankuasa FAM baru berjinak-jinak dengan bidang ini. Siti kena terima hakikat mengkritik FAM tidak bererti mengkritik Sultan Pahang. Tuanku dan FAM adalah dua entiti berlainan. Tidak ada siapa menganggap prestasi bola sepak kita merosot kerana faktor Tuanku. Siti atau sesiapa saja harus pisahkan antara dua entiti ini apabila mereka memberi pendapat dalam sukan bola sepak ataupun FAM.

Terlanjur kita bercakap pasal mutu sukan ini kebelakangan ini, kita ingin menambah bahawa dari segi pentadbiran, FAM jauh lebih baik dari persatuan sukan yang lain. Setengah persatuan sukan bukan saja gagal melahirkan jaguh-jaguh dalam bidang tertentu, tetapi lebih menyedihkan rebutan kuasa berlaku sehingga berlaku saman menyaman dan sebagainya.

Dari segi organisasi, Tuanku Sultan menjadikan FAM sebuah persatuan elit yang dihormati bukan saja kalangan kita, bahkan hingga ke peringkat antarabangsa. Malang atas padang kegemilangan FAM gagal diterjemahkan dalam bentuk keputusan pertandingan. Para pemain kita masih jauh dari kualiti sebenar. Tak malu kalau kita katakan jika kerajaan import Alex Ferguson untuk membantu mengurus pasukan kebangsaan pun mutunya tetap tidak berubah. Dan akhirnya Alex pulang semula ke negara asal dengan 1,001 macam kekecewaan.

Bola sepak Malaysia memerlukan satu keajaiban untuk pulih daripada demam kejuaraan bertaraf antarabangsa seperti zaman supermokh atau Namat Abdullah. Malaysia boleh jadi kuasa baru bola sepak jika kita lebih berani dan bersifat praktikal. Ia sama seperti kata orang sekarang, berfikir di luar padang.

Justeru bagi saya apa yang KJ lakukan ialah membawa pandangan rakyat ke pengetahuan FAM. Sebelum ini KJ membuktikan keupayaan mengasaskan MyTeam tanpa FAM. KJ ada kebolehan yang mahu ditunjukkan kepada FAM.

Sebagai peminat bola sepak kita melihat apa yang KJ lakukan berniat baik dalam mengembalikan mutu sukan ini melalui kaedah tidak konvensional. Kita tidak hairan jika anjuran KJ tidak disenangi jawatankuasa FAM tetapi inilah yang membezakan antara kritikan dan memberi pandangan.

Elok sekiranya Siti fokus saja bidang nyanyian, tinggalkan sahaja bidang sukan dan bola sepak kepada ahli-ahlinya.

SUMBER : SINAR HARIAN ONLINE

Tuesday, November 19, 2013

Monday, November 11, 2013

PERLUKAH SENTIASA BERTANDING ??

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sg Limau Kedah telah pun diketahui Isnin minggu lalu. Kemenangan berpihak kepada Pas.

Apa pun alasan atau post mortem yang diberikan, menang tetap menang, kalah tetap kalah walaupun dengan kelebihan atau kekurangan satu undi.

Kali ini Pas mengekalkan kerusi Dun Sg Limau dengan majoriti 1,084 undi. Merosot sedikit berbanding PRU13.

Pada saya, ia merupakan kemenangan besar Pas walaupun ada  mendakwa Umno menang dalam kalah, undi Cina meningkat dan berbagai alasan lagi.

Umno kena terima hakikat bahawa ini PRK bukan PRU. Buatlah muhasabah diri segera sebelum kalah lebih teruk dalam PRU14.

Jangan terlalu memikirkan undi Cina atau lain-lain bangsa meningkat atau tidak. Cari jalan bagaimana untuk berbaik-baik dengan Pas.

Umno BN tidak mungkin akan mendapat majoriti dua pertiga lagi, tanpa sokongan Pas dalam PRU14 akan datang.

Jika menang pun, kerusi yang bakal dimenangi, tidak akan banyak bezanya dengan PRU12 dan PRU13. Lebih membimbangkan jika keputusannya semakin merosot dan akhirnya terus kalah.

Perkara ini tidak mustahil berlaku, kerana orang Cina telah bulat pemikiran dalam  tindakan mereka, menyokong parti ultra kiasu. Saya orang Cina, saya tahu apa yang berlaku.

Umno tidak sepatutnya terus menerus bertanding setiap kali berlaku PRK atau kekosongan kerusi Pas. Tidakkah boleh Umno memberikan kemenangan percuma kepada Pas, jika dirasakan sesuatu kawasan pilihan raya itu sukar untuk ‘dimakan’.

Dalam kes Dun Sg Limau, Pas bukannya boleh memerintah jika berjaya mengekalkan kerusi tersebut.

Saya amat yakin jika Umno berkata: “atas dasar persaudaraan, Umno tidak akan bertanding menentang Pas pada PRK Dun Sg Limau kali ini”.

Implikasinya besar.

Mungkin ada kalangan kita yang pesimis dengan pendapat saya ini. Tidak mengapa, kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju. Niat saya satu, saya hanya mahu lihat umat Islam kembali kuat.

Contoh lain, Umno tidak payah bersusah-payah untuk merebut kembali negeri Kelantan dari tangan Pas.

Biarkan Pas memerintah sampai bila-bila sehingga rakyat mereka sendiri mahukan perubahan.
Lagipun, selama berada di tangan Pas, saya tidak nampak apa-apa kerugian kepada Islam dan Umno.

Ingatlah wahai Umno dan Pas, busuk-busuk pun kita, kita tetap umat Islam, ibarat carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga. Berbanding dengan kafir harbi yang terang-terang menolak dan menentang Islam.

Cuba kita buat perhitungan berapa banyak wang mengalir setiap kali PRK dan PRU, hanya kerana berlawan sesama sendiri.

Bayangkan jika duit kempen tersebut kita gunakan untuk membantu fakir miskin dan mereka yang memerlukan atau membiayai apa-apa juga projek pembangunan yang diperlukan segera seperti di Sabah dan Sarawak.

Pada saya, kempen-kempen pertandingan dalam PRU dan PRK di kawasan yang pasti kalah, tidak banyak membawa kebaikan.

Ia lebih memburukkan keadaan. Kita saling kutuk-mengutuk dan fitnah-memfitnah. Hati semakin sakit.

Saya tidak merujuk kepada Umno semata-matanya, juga kepada Pas. Pas tidak perlu bertanding di kawasan kubu kuat Umno. Sama seperti MCA tidak perlu bertanding kawasan bandar majoriti Cina ultra kiasu.

Sampai kiamat pun MCA tidak akan menang melawan ultra kiasu ini.

Misalnya, kerusi Seputeh, Bukit Bintang, Kepong dan sebagainya.

Majoritinya ibarat langit dengan bumi. Undi MCA itu kebanyakan hanya datang daripada Melayu. Sebab itu MCA jangan perasan dia kuat.
 
Pertandingan dalam PRK dan PRU di kawasan yakin kalah adalah suatu pembaziran yang amat nyata. Pembaziran adalah sahabat syaitan. Ini tidak termasuk jentera dan tenaga yang terbuang begitu sahaja.

Jika benar-benar nak merancang dan berstrategi, fikirkan bagaimana nak mendapatkan semula negeri Pulau Pinang, milik kerajaan negeri Kedah mengikut sejarah suatu ketika dahulu dari tangan ultra kiasu.

Kadang-kadang hati naik geram juga, wajarkah kita memperuntukkan sebanyak RM2.25 juta untuk empat SJKC di Dun Sg Limau yang penduduknya lebih kurang 1,000 orang sahaja?

Saya sendiri telah mengetuai PIBG di beberapa sekolah, selama 15 tahun, nak dapat RM10,000 setahun pun bagai nak mampus, orang kampung kata.

Ini senang-senang sahaja kita taburkan di SJKC.

Kadangkala terfikir juga, elok juga kerajaan hari ini tidak dapat majoriti dua pertiga, supaya ada check and balance.

Monday, October 15, 2012

Kelakar: Isu Scorpene Dibicara Tanpa Ada Kes??


Hari ini, SUARAM ‘ditampar’ lagi dengan berita penolakan mahkamah Perancis terhadap permohonan mereka untuk menjadi plaintif bagi dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam scorpene.

Seperti yang diketahui, SUARAM, iaitu pertubuhan yang diterajui pemimpin-pemimpin pembangkang serta didalangi oleh Yahudi dan penyangak matawang telah membuat aduan kepada mahkamah Perancis bahawa terdapat unsur-unsur rasuah yang jelas dalam pembelian kapal selam scorpene.

Dan mengikut undang-undang negara tersebut, semua aduan perlu diterima dan disiasat sewajarnya oleh hakim penyiasat.  Sekiranya aduan tersebut didapati berasas, maka kes tersebut mungkin dibawa ke mahkamah.

Dan hari ini, terdedah sudah bahawa mahkamah Perancis telah menolak permohonan SUARAM sejak dari awal lagi iaitu pada 13 Mac 2012.  Ini bermakna, setelah membuat pertimbangan atas permohonan SUARAM, mahkamah mendapati bahawa aduan tersebut adalah tidak berasas dan tidak wajar untuk dilayan.

SUARAM bagaimanapun, memfailkan semula aduan yang sama di mana jawapannya masih belum diterima sehingga kini.  Dalam ertikata lain, aduan ditolak dan tiada kes yang difailkan.


Justeru, dari mana datangnya kisah mengenai perbicaraan?  Sepina?  Saksi dan dokumen bukti?  Dari imaginasi Anwar?  Atau dari imaginasi Soros?

Malah, akhbar Suara Keadilan 9 Oktober 2012 masih lagi memomokkan rakyat dengan menyiarkan senarai tujuh saksi, termasuk Perdana Menteri dan kononnya sepina telah diterima oleh salah seorang saksi.

Kadangkala kita hairan, sejauh manakah lagi SUARAM ingin memperbodohkan rakyat?   Bukankah tindakan mereka meneruskan penipuan yang telah terdedah berkali-kali, menunjukkan bahawa merekalah sebenarnya yang bodoh?

Jelas sekali di sini bahawa pihak Yahudi yang menjadi dalang di belakang SUARAM benar-benar memandang rendah terhadap intelektualiti rakyat Malaysia.  Sangka mereka, kita semua boleh ditipu hidup-hidup hanya kerana ada segelintir yang berjaya diperdaya mereka.

Atas perancangan Yahudi, SUARAM telah melakukan penipuan secara besar-besaran yang mana ia bukan sahaja membabitkan mahkamah dan juga kerajaan kepada dua buah negara tetapi juga wang yang bukan sedikit.  Bayangkan, berapakah upah peguam-peguam tersohor luar negara yang mana salah seorangnya adalah juga peguam kepada George Soros sendiri.  Mereka ini semuanya meletakkan bayaran mengikut jam dan bukannya mengikut kes.  

Ini belum termasuk kos sampingan seperti penginapan, pengangkutan bagi peguam-peguam terbabit dan juga pegawai-pegawai SUARAM untuk berulang-alik antara Perancis-Malaysia dan juga Thailand dan kini Singapura dan entah ke mana lagi yang dipilih oleh SUARAM untuk membuat sidang media atau kenyataan mengenai kes yang tiada kes ini.


Kita sedia maklum bahawa SUARAM menerima dana secara langsung dua dari rangkaian operasi pertukaran rejim di bawah pihak yang pada hakikatnya sedang menguasai dunia.   Oleh itu, kos yang tinggi bagi mencipta dan meneruskan satu penipuan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan oleh SUARAM dengan pihak ini sebagai dalang.  Atau, secara dasarnya, bolehlah dikatakan bahawa SUARAM mempunyai dana yang tiada hadnya.

Dan ini membawa kepada satu lagi persoalan iaitu dengan dana yang sebegitu banyak, kenapakah SUARAM perlu menganjurkan program-program untuk mengumpul dana dari rakyat Malaysia untuk menampung penipuan mereka?  Perkara ini boleh dirujuk sendiri di laman rasmi pertubuhan itu, di mana mereka telah beberapa kali menganjurkan makan malam mengumpul dana kononnya untuk digunakan bagi ‘mendapatkan keadilan dalam kes scorpene’.

Memandangkan kes scorpene sebenarnya tidak wujud, maka ke manakah semua dana tersebut dibelanjakan?  Atau ke poket siapakah ianya disimpan?  

Mana-mana rakyat yang terpedaya menyumbang wang kepada SUARAM untuk menampung kos kes yang tiada kes ini, wajar tampil ke hadapan untuk menuntut kembali wang mereka.  Cukup-cukuplah minda anda terpedaya dengan penipuan SUARAM tetapi janganlah sampai terpaksa membayar pula untuk menampung kos penipuan itu.  Kalaupun begitu benci dengan kerajaan, janganlah sampai memperbodohkan diri sendiri.

Thursday, October 11, 2012

Rakyat Berhak Hukum SUARAM


Walaupun telah terkantoi menjadi agen asing untuk menjahanamkan demokrasi, SUARAM masih lagi cuba mempertahankan benang basah dengan berhujah bahawa penerimaan dana asing bukan sesuatu yang salah.   Lebih dahsyat lagi, Pakatan Rakyat termasuk PAS, sanggup berhujah yang sama, iaitu mengtidak-apakan penerimaan dana dari pertubuhan neo-con dan George Soros yang menjadi dalang menindas, membunuh dan merampas tanah umat Islam di Palestine serta menyebabkan Mesir, Syria, Tunisia dan Syria kini terumbang-ambing, tidak stabil dan lemah.

Perlu diingatkan bahawa SUARAM langsung tidak menafikan yang mereka menerima dana dari Yahudi Zionis dan penyangak matawang.  Malah, SUARAM mengakuinya, begitu juga dengan pertubuhan yang sewaktu atau ‘bertindih’ dengannya seperti BERSIH, Himpunan Hijau dan sebagainya yang juga menerima dana dari rangkaian yang sama.

SUARAM juga langsung tidak mampu menjelaskan apakah motif kedua-dua pertubuhan asing tersebut menyalurkan dana kepada mereka jika bukan untuk menjahanamkan demokrasi, iaitu menjatuhkan kerajaan melalui jalan belakang.

Pembohongan yang dibuat oleh SUARAM bukannya sedikit.  Ia melibatkan dua buah negara iaitu Perancis dan Malaysia.  SUARAM telah memburukkan nama Malaysia ke serata dunia malah SUARAM juga telah dengan sengaja mencemarkan imej Perdana Menteri dan isteri.  Ini dilakukan melalui pembohongan demi pembohongan.

SUARAM berbohong bahawa mahkamah Perancis sedang membicarakan kes pembelian kapal selam scorpene oleh Malaysia sedangkan pihak Perancis sendiri mengesahkan bahawa tiada perbicaraan mengenainya.

SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri akan disapina, begitu juga seorang individu bernama Jasbir Singh Chahl juga kononnya telah disapina.  Namun, pihak Perancis mengesahkan bahawa tiada sapina di keluarkan kerana tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene.  Malah, Jasbir Singh Chahl sendiri pantas tampil menafikan kenyataan SUARAM.

SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri mempunyai hubungan dengan Altantuya, yang didakwa sebagai model sambilan dan juga penterjemah dalam urusan jualbeli scorpene.  Namun, terbukti bahawa Perdana Menteri langsung tidak mengenali Altantuya dan urusan jualbeli scorpene adalah dalam bahasa Inggeris sepenuhnya serta tidak memerlukan penterjemah.

SUARAM berbohong bahawa Altantuya terlibat dalam urusan jualbeli scorpene di Perancis tetapi pihak polis Perancis mengesahkan bahawa Altantuya tidak pernah memasuki Perancis pun.

SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri atau isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya tetapi terbukti bahawa kedua-dua mereka mempunyai alibi kukuh kerana berada di dua majlis rasmi berasingan pada waktu kejadian.

SUARAM berbohong bahawa Syarikat Perimekar dimiliki oleh Razak Baginda dan cuba mengaitkan beliau dengan Perdana Menteri, sedangkan syarikat itu dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S.Ombak Laut Sdn. Bhd.

SUARAM berbohong bahawa syarikat Perimekar Sdn Bhd menerima rasuah sedangkan terbukti bahawa syarikat tersebut membekalkan khidmat penyelenggaraan, sokongan dan pengurusan termasuk kos penginapan bagi 213 pegawai, kakitangan dan krew kapal selam selama 6 tahun.

SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri meminta rasuah dari DCNS melalui faks berjumlah USD 1 billion atau RM3.8 billion atau EURO 1.08 billion sedangkan jumlah tersebut merupakan jumlah keseluruhan kontrak pembelian kapal selam sepertimana yang ditandatangani.   Ini adalah pembohongan yang paling lucu kerana tidak mungkin sesiapa akan meminta rasuah melalui faks dan tidak mungkin sesiapa akan memberi rasuah yang sama jumlahnya dengan harga kontrak!

SUARAM berbohong bahawa syarikat Thales Asia telah membayar RM142 juta kepada syarikat Terasasi kononnya atas penjualan rahsia ketenteraan negara berkenaan kapal selam scorpene oleh Razak Baginda.  Pembohongan ini bagaimanapun berubah-ubah sehingga terdapat beberapa versi dan sukar untuk dipastikan lagi.  Ada kalanya, SUARAM cuba mengaitkan syarikat Thales dengan DCNS, tetapi terdapat kenyataan sebelum itu di mana peguam mereka menyatakan bahawa pembayaran tersebut dibuat kepada sebuah syarikat bernama Giffen.  Yang jelas, syarikat Terasasi atau Giffen langsung tidak terlibat dalam pembelian kapal selam scorpene.  

Secara keseluruhannya, SUARAM ‘hidup’ atas pembohongan iaitu berbohong kepada dunia bahawa kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia adalah korup, kejam dan dikelilingi skandal.

Dengan segala dosa-dosa SUARAM terhadap Malaysia, rakyatnya, kerajaannya dan pemimpinnya, SUARAM tidak wajar dibiarkan lepas bebas.  SUARAM sendiri telah mengakui bahawa mereka menerima dana asing, sekali gus membawa agenda asing iaitu mengkhianati negara sendiri.  Dengan pengakuan yang begitu jelas, mana mungkin SUARAM dibiar bebas?

Rakyat Malaysia dengan ini menuntut tindakan tegas ke atas para peneraju SUARAM, iaitu para pengkhianat negara.

Malaysia tidak mampu memberi muka kepada mereka-mereka yang tidak jemu berusaha untuk menghancurkan negara melalui pembohongan demi mencetus demonstrasi ganas dan pemberontakan.  Malaysia adalah negara yang aman dan keamanan itu mungkin tidak akan kekal jika SUARAM terus wujud.

Kewujudan SUARAM mendedahkan kita kepada risiko ketidakstabilan, kehancuran dan penjajahan.

Wednesday, October 10, 2012

Karpal VS Nasha : Satu Lagi Sandiwara??



Sehingga ke hari ini, kita masih tidak dapat merasionalkan kerjasama antara DAP-PAS.   Ini berdasarkan kedua-dua parti berpegang kepada prinsip yang bukan hanya berbeza, tetapi bertentangan atau berlawanan antara satu sama lain iaitu PAS memperjuangkan Islam dan DAP pula menentang Islam.

Walaupun telah berkali-kali bertelagah, berbincang dan berbalah lagi dan kemudian berdamai lagi, kedua-dua parti masih belum dapat mencari titik pertemuan dalam perjuangan mereka tetapi masih kekal bekerjasama atas dasar ingin sangat berkuasa.  

Akibatnya, kedua-dua parti sering terperangkap dalam kata-kata sendiri yang ada kalanya bertentangan dengan perjanjian yang dimeterai mereka dan ada kalanya bertentangan dengan kehendak penyokong-penyokong sendiri dan juga sebaliknya.

Justeru, tidak salah jika dikatakan bahawa asas kerjasama DAP-PAS sebenarnya adalah sandiwara.

Akhir-akhir ini, kedua-dua parti nampaknya mula sedar bahawa akibat dari sikap dan tindakan mereka yang sering bercanggah, maka parti PAS semakin diragui di kalangan penyokong sendiri, dan begitu juga DAP yang mana pendirian dan sikap mereka mula dipersoal oleh masyarakat.

Bagi memulihkan sokongan, DAP perlu terus dilihat oleh penyokongnya sebagai tegar, tegas dan keras menentang hudud dan segala bentuk ‘pengIslaman’ oleh PAS, manakala PAS pula perlu kembali dilihat tegar, tegas dan keras ingin melaksanakan hudud dan ‘mengIslamkan’ lagi Malaysia.

Untuk itu, kedua parti perlu terus bertelagah secara lantang, cabar mencabar hatta mencemuh dan menghina sesama sendiri bagi meyakinkan penyokong masing-masing yang mereka benar-benar serius mempertahankan pendirian masing-masing serta memberi harapan bahawa parti mereka pasti akan dapat menguasai parti sekutu lain dalam PR apabila menang nanti.

Berdasarkan hakikat ini, maka kita melihat adalah tidak mustahil pertelagahan antara Nasharuddin dan Karpal Singh berkenaan hudud hanyalah satu sandiwara, begitu juga apabila Nasharuddin menyarankan agar PAS mengkaji semula kerjasama dalam PR dan Karpal pula mengugut untuk menyaman beliau.

Kerana itulah, tiada tindakan diambil ke atas Nasharuddin oleh PAS, dan Karpal juga masih belum mengemukakan saman terhadap Nasharuddin.

Benar, kumpulan Anwarinas ingin benar agar Nasharuddin dipecat atas dasar beliau mewakili golongan ulama, tetapi mereka juga tahu yang mereka memerlukan Nasharuddin untuk terus melakonkan adegan ‘pejuang Islam’ bagi pihak PAS untuk menang pilihanraya.

Oleh yang demikian, kita bolehlah menjangkakan sandiwara pertengkaran Nasha-Karpal akan berterusan seadanya sehinggalah pilihanraya tanpa ada apa-apa tindakan dari mana-mana pihak dari kedua-dua belah parti.  

Sandiwara ini hanya akan berakhir jika PR benar-benar berjaya memenangi PRU kali ini.  Namun, ini bukan bermakna keadaan akan menjadi lebih baik, sebaliknya bakal menjadi jauh lebih buruk kerana walaupun mereka berhenti bersandiwara, mereka tidak akan berhenti bertengkar.

Dalam ertika lain, pertengkaran mereka bukan lagi sandiwara tetapi nyata dan benar belaka dan rakyat pasti akan menanggung akibatnya.



Undi Pembangkang = Undi Soros : KATAKAN TIDAK!!




KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan memberi undi kepada pembangkang sama seperti mengundi George Soros iaitu penyangak mata wang yang kejam.

Beliau menegaskan, Soros menggunakan wang beliau bagi meletakkan calon pilihannya untuk memerintah negara-negara yang disasarkan.

Bagi Malaysia, katanya, Soros memilih pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melakukan pertukaran rejim dengan menjatuhkan kerajaan sedia ada.

''Mungkin sesetengah orang masih ingat Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu gemar dengan 'masyarakat sivil' ketika berada dalam kerajaan dan beliau juga masih bercakap tentang perkara itu sekarang. Persamaan idea antara Soros dengan Anwar adalah penting," katanya dalam satu rencana yang ditulis untuk akhbar New Sunday Times hari ini.

Dr. Mahathir secara jelas menunjukkan pembabitan Soros melalui Open Society Institute dalam menukar pemerintah sesebuah negara seperti yang berlaku di Georgia.

Sebelum ini, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) juga didakwa turut menerima sumbangan daripada Open Society Institute.

Dr. Mahathir turut melontar persoalan mengapa Soros membiayai Malaysiakini, sebuah portal berita propembangkang.

''Jelas sekali, tindakan itu adalah untuk menjayakan perubahan rejim dengan meletakkan calon-calon pilihannya sebagai Perdana Menteri dan menteri-menteri di dalam kerajaan Malaysia.

''Apa yang kerajaan itu akan lakukan nanti ? jika tidak melaksanakan hasrat Soros," katanya.

Tegas beliau, Malaysia adalah salah satu sasaran Soros.

''Sekiranya terdapat rakyat Malaysia yang ingin dijajah semula, itu adalah pilihan mereka. Tetapi saya percaya rakyat Malaysia tidak mahu menjadi tali barut asing," katanya.

Menurut Dr. Mahathir, tindakan Soros itu terbukti berjaya menjatuhkan rejim di Georgia, Ukraine dan Hungary.

Wednesday, August 29, 2012

PANDUAN & JEMPUTAN : Jom Tweet #Merdeka55 @NajibRazak






Apa Itu Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka adalah satu program anjuran JASA di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sempena dengan Sambutan Hari Merdeka Ke-55 yang bakal dianjurkan pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apakah Matlamat Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan kepada 2 kategori yang berikut:

A. Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar di Dunia
B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan Hashtag

Apakah Sasaran Tweet Merdeka Untuk Memecahkan Rekod Tersebut?

Untuk melayakkan Tweet Merdeka untuk menempa rekod baru di Malaysia Book of Records, Tweet Merdeka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya:

A. 10,000 pengguna Twitter
B. 20,000 tweets dalam masa 1 jam menggunakan hashtag #Merdeka55

Siapa Boleh Sertai? 

Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Twitter. Sekiranya anda belum lagi mempunyai akaun Twitter, masih sempat lagi untuk anda mendaftar di www.twitter.com

Bagaimana Untuk Sertai?

Rajah A

Untuk kategori A: 

1. Daftarkan diri anda di www.twtupmerdeka.blogspot.com
2. Hadir pada hari kejadian dan sahkan pendaftaran anda di kaunter pendaftaran. (Seperti rajah A)
3. Pastikan anda menerima tag peserta beserta nombor siri, t-shirt Tweet Merdeka (selagi stok masih ada), topi Tweet Merdeka (selagi stok masih ada) dan lain-lain yang ada di dalam beg goodies.
4. Masuk ke dalam Stadium dan duduk di kawasan yang telah ditetapkan untuk program Tweet Merdeka. (Seperti rajah A)
5. Pengiraan peserta akan dibuat berdasarkan pengesahan yang dibuat di kaunter pendaftaran sehingga jam 8.00 malam.
6. Peserta akan turut serta menulis tweet untuk kategori B.

Nota tambahan: Peserta dinasihatkan hadir sebelum jam 6.00 ptg bagi mengelakkan kesesakan di pendaftaran.

Untuk kategori B: 

1. Pada hari kejadian, tepat jam 8.15 malam, kesemua pengguna Twitter tidak kira di stadium ataupun di mana sahaja akan memulakan Tweet Merdeka dengan menulis tweet.
2. Perkara yang perlu ada di dalam tweet anda untuk melayakkan kiraan untuk kategori B adalah #Merdeka55 dan @NajibRazak. cth: "Bersama kita jayakan #Merdeka55 bersama @NajibRazak"
3. Tweet Merdeka akan berlangsung selama 1 jam sehingga jam 9.15 malam.
4. Pengumuman akan dibuat setelah 1 jam.

Apakah Tarikan Lain Yang Ada Semasa Program Tweet Merdeka? 

1. Selebriti tempatan seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama peserta di Stadium dan juga menulis tweet pada hari kejadian.
2. Cabutan bertuah yang sangat lumayan seperti Iphone 4s, New Ipad, Macbook, Blackberry Curve, dan banyak lagi termasuk sebuah kereta Proton Preve.
3. Sijil Pencapaian sebagai Penempa Rekod Dunia bagi kategori A.
4. Pada masa yang sama, terdapat juga sambutan hari raya peringkat kebangsaan yang diadakan di perkarangan stadium itu sendiri!
5. PM DS Najib Razak akan memilih 3 tweet bertuah pada hari tersebut untuk diberikan hadiah istimewa. (Mungkin makan malam bersama PM)

Bagaimana Untuk Mendapatkan Maklumat Terkini? 

Pastikan anda follow @TwtUpMerdeka di Twitter dan Like FanPage 55 Merdeka, Janji Ditepati di Facebook.
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, bolehlah e-mail kepada twtupmerdeka@gmail.com atau pun terus bertanyakan di twitter ataupun Facebook seperti link di atas.

SUMBER : http://www.penembak-tepat.com/2012/08/twtupmerdeka-sempena-merdeka55-peluang.html

Monday, August 27, 2012

Dr.M - JANJI 'SYAITAN' vs JANJI 'BIDADARI' ??


Peringatan seorang Negarawan bertaraf dunia, Tun Dr. Mahathir mengenai Pakatan Rakyat (PR) wajar diberi perhatian serius.  Kata beliau, ‘banyak yang akan musnah jika PR memerintah’ dan ‘lebih baik syaitan yang kita kenal dari bidadari yang kita tidak kenal’.  

Walaupun mungkin ada yang memusuhi Tun Dr. Mahathir tetapi tidak seorang pun dari musuh-musuhnya yang dapat menafikan jasa-jasa dan kejayaan beliau melonjakkan negara serta kehidupan rakyat dengan begitu pantas, bergaya serta cemerlang sekali.  Oleh itu, peringatan yang beliau berikan di atas tidak wajar dipandang sinis kerana ia bukannya peringatan kosong, tetapi berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pengalaman beliau dalam mengurus-tadbir negara selama 22 tahun.  

Beliau pastinya cukup arif mengenai ‘aspirasi’ pemimpin tertinggi PR, Anwar Ibrahim setelah terlibat secara langsung mengekang percubaan Anwar membankrapkan negara pada tahun 1997/98 dengan menurut saranan IMF.   Ini menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai penyelamat negara dan rakyat sekali gus musuh utama barat.  

Hari ini, PR menjanjikan negara kebajikan dengan pendidikan percuma untuk semua, tiada tol, menurunkan harga minyak, pendapatan minimum sehingga RM4000 setiap rumah, menghapuskan cukai dan berbagai-bagai janji manis lagi.  

Namun, realitinya bagi memberikan sesuatu secara percuma, kerajaan perlu terlebih dahulu mempunyai dana.  Dan jika kos tertentu terhadap rakyat turut dihapuskan, maka bagaimana kerajaan akan dapat mengumpul dana tersebut agar dapat memberikan sesuatu yang lain secara percuma kepada rakyat? 

Tidak mustahil bahawa PR berniat untuk mengambil pinjaman atau berhutang dari luar, yang mana gagal dilakukan oleh Anwar ketika krisis kewangan 1997/98 dahulu bagi menunaikan segala janji-janji manis tersebut.  Jika ini dilakukan, maka negara akan terbeban dengan hutang yang semakin bertambah saban tahun kerana tidak mempunyai dana dan pendapatan yang cukup untuk membayarnya akibat penghapusan tol, cukai, kos pendidikan dan lain-lain, di samping meningkatkan subsidi kepada rakyat.  

Keadaan ini pasti lama kelamaan akan mencetuskan kemarahan rakyat, seterusnya ketidakstabilan dalam negera.  

Kita sedia maklum bahawa meletakkan negara di dalam keadaan lemah dari segi ekonomi adalah langkah pertama untuk membantu rakan-rakannya neo-con Anwar untuk menakluk negara ini.  Apabila sudah ditakluk, maka lebih mudahlah undang-undang yang berlandaskan pemikiran liberal dan plural dipaksa ke atas negara Islam ini.  Inilah agenda halus yang tersembunyi di sebalik segala janji manis PR. 

Walaupun PR kelihatan bagai bidadari yang membawa janji-janji manis dari syurga tetapi hakikatnya, apa yang dijanjikan tidak menepati realiti dunia.  

Sebaliknya, BN mungkin tidak kelihatan seperti bidadari dan mungkin dianggap kejam kerana mengenakan cukai, tol dan kos pendidikan tetapi BN berpijak di bumi yang nyata.  

Realitinya, di bumi ini, sesebuah kerajaan perlu mengenakan kos tertentu terhadap rakyat untuk menjana ekonomi negara serta membantu rakyat secara meluas dan dalam jangka masa yang panjang.  Wang tidak turun dari langit dan tidak bertambah dengan sendirinya.  Jika kita berhutang dengan negara luar, ia perlu dibayar atau kita akan tersepit sehingga akhirnya hancur berkecai.  Inflasi dan trend peningkatan harga pasaran dunia menjadikan perkataan ‘percuma’ adalah sesuatu yang mustahil dan bakal memakan diri sendiri.  

Justeru, sepertimana pesan Tun Dr. Mahathir, usahlah kita percaya pada manusia yang menyamar sebagai bidadari yang turun dari syurga kerana kita bukannya berada di syurga, tetapi di dunia yang nyata.  Maka, berpijaklah di bumi nyata, dan berfikirlah dengan sebaik-baiknya sebelum menyerahkan nasib kita kepada PR.  Apa yang PR janjikan walaupun kelihatan seperti syurga tetapi realitinya ia bakal membawa kita ke neraka.

p/s PT : Yang Penting- "JANJI DITEPATI" !!

Monday, August 13, 2012

KECOH DATO' LEE CHONG WEI CALON PRU13 BN PULAU PINANG

Sukan sememangnya mampu menyatukan rakyat sesebuah negara.  Ini satu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa dan Nelson Mandela telah membuktikannya.   

Di Malaysia juga sama di mana setiap kali acara sukan yang menyaksikan pasukan Malaysia beraksi, pasti semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan fahaman politik, akan bersatu menyokong pasukan negara.  



Benar, ada segelintir yang bersifat khianat terhadap negara sendiri serta tiada semangat patriotisme mahupun kesukanan seperti ADUN DAP, Manoharan Malayalam dan beberapa lagi pemimpin Pakatan Rakyat, namun jumlah mereka terlalu kecil dan tidak mampu menggoyah semangat perpaduan majoriti rakyat Malaysia di dalam sukan.  

Oleh itu, dengan kemenangan pingat perak Dato’ Lee Chong Wei dalam sukan Olimpik 2012 yang sedang berlangsung, ramai yang mula memperkatakan tentang kemungkinan beliau akan dinamakan sebagai calon pilihanraya.  Lebih-lebih lagi apabila terdapat komen-komen positif dari peminat beliau yang mengaku akan mengundi beliau sekiranya beliau dicalonkan.   Semua orang bersetuju bahawa Chong Wei telah berjaya menyatukan rakyat Malaysia.  

Menurut desas-desus, ada pihak yang sedang mencuba untuk menamakan beliau sebagai calon di Pulau Pinang.  Jika ini benar, ia mungkin juga sesuatu yang positif bagi mengimbangi penguasaan DAP yang gemar meniupkan api perkauman dan menghapuskan semangat cintakan negara di kalangan rakyat.  

Dengan sikap Manoharan yang memperlekehkan pingat perak, Chong Wei telah dengan sendirinya membuktikan bahawa DAP tidak pernah berkongsi aspirasi dan semangat negara ini.  

Justeru, memandangkan Chong Wei boleh dikatakan sebagai simbol perpaduan dan semangat rakyat Malaysia, pencalonan beliau dalam pilihanraya mungkin mampu membantu rakyat yang telah tersasar gara-gara terpengaruh dengan DAP/PR, agar kembali menghargai bumi yang dipijak serta langit yang dijunjung ini.

Pencalonan Chong Wei sebagai calon pilihanraya adalah tidak mustahil menjadi nyata kerana sebelum ini, Soh Chin Aun, bekas Kapten Bolasepak Malaysia yang terkenal pernah dicalonkan untuk bertanding dalam Pilihanraya 1986 di Kota Melaka.  Bagaimanapun, beliau telah kalah kepada Lim Guan Eng dengan majoriti lebih 17,000 undi.  

Namun, ini tidak bermakna yang Dato’ Lee Chong Wei juga akan kalah jika bertanding memandangkan rakyat benar-benar dahagakan seorang tokoh berjiwa rakyat dari kaum bukan Melayu yang mampu mempengaruhi rakyat berbagai kaum untuk menghayati semangat 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri.    

Jika faktor ini diambil kira, kita tidak ragu-ragu lagi bahawa wira badminton kita ini adalah termasuk dalam kategori ‘calon boleh menang’ yang kita cari-cari dalam PRU nanti.  

Bagaimanapun, ini hanyalah desas-desus dan sekiranya ia benar maka mungkin Malaysia perlu fikirkan semula satu perkara, iaitu: Apakah kita lebih memerlukan Dato’ Lee Chong Wei untuk mengharumkan nama negara di dalam sukan badminton atau kita lebih memerlukan beliau untuk turun padang memberi penerangan serta menghulurkan bantuan kepada rakyat bagi pihak BN?  


Yang pasti, melahirkan seorang wira badminton bertaraf dunia tidak semudah mencari calon pilihanraya!

Untuk itu, Syabas Dato’ Lee Chong Wei!  Malaysia sentiasa bersamamu, tak kira menang ataupun kalah. 

Wednesday, July 25, 2012

Pakatan Pembangkang ‘Ugut’ Kerajaan Fobia 'Janji Ditepati'


Fobia Pakatan Rakyat (PR) terhadap slogan ‘Janji DiTepati’ nampaknya benar-benar kronik.  PR bersungguh-sungguh cuba memastikan agar slogan tersebut kekal dijadikan tema Hari Kemerdekaan.  Alasan mereka bahawa ia tidak memberi gambaran terbaik berkenaan semangat kemerdekaan.  

Untuk itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberi tujuh hari kepada kerajaan agar menukar tema kepada yang lebih inklusif atau PR akan mencadangkan tema lain.  Nasib baik jugalah beliau tidak mengugut untuk berdemonstrasi dan menyusahkan orang ramai lagi.  

Mustafa Ali juga mengakui bahawa ‘bila orang tengok saja tema ‘Janji Ditepati’ ini, mereka akan terus ingat kepada BN’.  

Justeru, kita tertanya-tanya, mungkinkah beliau cuba mencadangkan agar tema ditukar kepada ‘Janji Bukan Untuk diTepati’ supaya mengingatkan rakyat kepada PR?  

Pun begitu, siapakah Mustafa Ali untuk memberi kata dua kepada kerajaan?  Siapakah PAS untuk mencadangkan tema lain untuk Hari Kebangsaan?  Sedangkan di dalam PR sendiri pun PAS hanya melukut di tepi gantang. Apakah hak Mustafa Ali atau PAS untuk menukar dan menggunapakai tema lain sebagai tema rasmi Hari Kemerdekaan?   

Lagipun, apa yang PAS faham dengan kemerdekaan?  Bukankah PAS bersekongkol dengan DAP, adik beradik PAP yang selamanya memendam cita-cita untuk ‘menjajah’ Malaysia?  Bukankah PAS bersekongkol dengan PKR yang menjadi talibarut Yahudi Zionis dan menerima dana dari mereka? Bukankah persekongkolan PAS dengan mereka menunjukkan yang PAS tidak menghargai kemerdekaan?


Ini semua adalah bukti bahawa PAS langsung tidak mempunyai semangat kemerdekaan tetapi entah kenapa tiba-tiba terasa panas pula dengan tema ‘Janji DiTepati’ ini.  Kata orang, siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya, bukankah begitu?  

Sebelum ini, sebuah stesyen TV pernah mengadakan kajiselidik berkenaan tema Hari Kebangsaan di kalangan orang-orang muda, dan hasilnya mendapati ramai yang langsung tidak tahu menahu mengenainya.   Jelas, tema adalah soal kecil sebelum ini yang tidak mendapat perhatian sesiapa tetapi menjadi begitu besar hari ini kerana PAS memperbesarkannya.  




Dengan memperbesarkan soal tema Hari Kebangsaan, Mustafa Ali seolah-olah telah membuat deklarasi bahawa PR adalah parti yang tidak menepati janji.  

Jika inilah masalahnya, maka yang perlu diubah bukanlah tema Hari Kebangsaan, tetapi sikap PR itu sendiri.  Siapa suruh tidak tepati janji?  Takkanlah kerana PR tak mampu tepati janji maka BN pula yang salah dan tema Hari Kebangsaan perlu diubah?

Orang yang tidak menunaikan janji adalah orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah.  

Oleh itu, ‘janji’ wajar dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu ‘tanggungjawab’ atau ‘amanah’.   Sikap bertanggungjawab dan beramanah inilah yang memastikan kemerdekaan negara ini berkekalan.  

Maka jelaslah bahawa tema ‘Janji DiTepati’ adalah inklusif dan padat bagi menggambarkan Malaysia hari ini yang kekal merdeka, makmur, aman dan maju kerana komitmen kerajaan dan rakyat untuk berpegang pada janji.  

Mungkin ini terlalu pahit untuk ditelan oleh Mustafa Ali, tetapi ini adalah hakikat dan orang yang jujur tidak akan punya masalah untuk menerima hakikat ini.

Tuesday, July 24, 2012

JASA NAJIB DI USIA 59 TAHUN


YAB Dato’ Seri Najib mungkin baru 3 tahun memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, namun jasa-jasa beliau kepada rakyat dan negara begitu banyak dan sukar untuk disenaraikan.   

Bermula dari usia 22 tahun, Najib telah pun menjadi Ahli Parlimen sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dan kemudiannya Timbalan Menteri Pelajaran serta Timbalan Menteri Kewangan.  Ini bermakna, di usia yang begitu muda, Dato’ Seri Najib telah pun menabur jasa kepada rakyat melalui portfolio-portfolio yang dipegangnya.  

Kewibawaan, kesungguhan dan keikhlasan beliau berkhidmat telah mendapat perhatian Perdana Menteri pada ketika itu, iaitu Dr. Mahathir Mohamad yang kemudiannya mencalonkan beliau ke kerusi DUN Pekan yang membawa kepada perlantikannya sebagai Menteri Besar Pahang di usia 29 tahun.  

Lanjutan dari itu, Najib sebagai Menteri Besar menjadi antara tokoh perintis Yayasan Pahang bagi mempromosi pendidikan dan sukan di kalangan belia melalui biasiswa dan dana.   Beliau juga berjaya menjana pendapatan negeri melalui sumber semulajadi dan kerjasama dengan FELDA, dengan membuka jalan untuk skim pendudukan tanah baru bagi memberi peluang pendapatan kepada golongan miskin dan tidak memiliki tanah.  

Selain menyumbang melalui politik, Najib yang dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan, Majuternak, telah menggunakan sepenuh peluangnya di sana untuk mencari idea-idea baru bagi membantu para penternak.  

Dan apabila beliau memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, kesungguhan beliau meningkatkan mutu sukan negara ternyata membawa hasil apabila Malaysia berjaya menunjukkan pencapaian terbaik di Sukan SEA 1989 yang diadakan di Kuala Lumpur.  

Pada tahun 1991, Najib dilantik menjadi Menteri Pertahanan dan sehingga kini beliau tetap dianggap sebagai Menteri Pertahanan terbaik bagi Malaysia. Beliau memodenkan dan meningkatkan kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia melalui berbagai latihan dan peralatan terkini.  

Setelah kementerian tersebut berada di tahap yang membanggakan beliau diberi pula tanggungjawab untuk menerajui Kementerian Pelajaran.  Di sini, beliau mengstruktur semula dan mengswastakan universiti awam serta menggalakkan kerjasama dengan universiti luar negara.  Antara jasa beliau di kementerian ini yang dapat dinikmati secara langsung oleh para guru hari ini ialah menaiktaraf sijil pendidikan kepada diploma bagi menaikkan tanggagaji guru-guru.  

Khidmat Najib sebagai Menteri Pertahanan sekali lagi diperlukan pada tahun 1995.  Beliau pun mengambil peluang ini untuk meningkatkan moral Angkatan Tentera Malaysia yang telah sedia dihormati dunia, dengan memperkenalkan skim perumahan yang lebih baik, pengstukturan semula elaun dan juga pendapatan mereka.  

Jelas, jasa-jasa Dato’ Seri Najib sebelum menjadi Perdana Menteri juga sudah tidak terhingga banyaknya.  

Najib dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009, dan sejak itu, beliau langsung tidak membuang masa untuk bekerja.  Dalam masa hanya 3 tahun, idea transformasinya ternyata berjaya dilaksanakan, malah berjaya membuahkan hasil dan bukannya hanya slogan kosong.  

Beliau pantas memperkenalkan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) bagi meningkatkan kualiti, kecekapan dan ketelusan dalam sektor perkhidmatan awam dan kerajaan.  KPI diperkenalkan bagi mengukur tahap pencapaian pegawai dan juga agensi-agensi kerajaan.   

Selain itu, National Key Result Areas (NKRA) diumumkan sebagai garis perancangan untuk menangani 7 perkara yang melibatkan rakyat dan negara, iaitu mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, meningkatkan pencapaian pelajar, menaikkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah, meningkatkan infrastruktur asas di kawasan luar bandar, memastikan bekalan air bersih dan dirawat, meningkatkan sistem pengangkutan awam di bandar dan menangani masalah kos sara hidup.  

Kesemua ini telah dan sedang berjalan lancar manakala sebahagian besarnya telah pun menunjukkan hasil yang memuaskan.  Ternyata, beliau adalah seorang yang mengotakan apa yang dikata dan tanpa membuang masa.  

Kempen 1Malaysia yang dilancarkan beliau juga mendapat tempat di hati rakyat yang rata-ratanya menyokong perpaduan di bawah nama satu bangsa.  

Dalam masa tiga tahun pemerintahan beliau juga, Najib berjaya mengekalkan kekukuhan ekonomi Malaysia bermula dengan lonjakan paling tinggi dalam GDP sehingga 5.9% pada September 2009 dari rekod yang rendah pada Mac 2009 iaitu -7.6% sebelum beliau pengambil-alihan tampuk pemerintahan 

Kestabilan politik dan ekonomi dalam negara hasil dari kepimpinan Najib, telah membolehkan kerajaan mengumumkan bantuan-bantuan bersifat langsung kepada rakyat, antaranya BR1M, KR1M, TR1M, Klinik 1Malaysia dan berbagai-bagai lagi.  

Berdasarkan fakta di atas, pendek kata, sejurus selepas mencapai usia dewasa, iaitu di awal 20-an, Najib telah tidak berhenti-henti menabur jasa kepada rakyat. Namun, di usia 59 tahun hari ini, Najib tidak langsung menganggap kedudukannya sebagai balasan kepada jasa-jasanya tetapi mengambil sikap seolah-olah beliau pula yang terhutang budi dengan rakyat kerana memberi keyakinan kepadanya.  Justeru itu, beliau terus tegap bersemangat untuk berkhidmat dan menabur jasa tanpa merasa jemu atau letih.  

Sesungguhnya tidak seorang pun dari rakyat Malaysia yang mampu menafikan segala jasa-jasa beliau walaupun mereka mungkin merupakan penyokong pembangkang.  Tiada siapa boleh menafikan yang mereka menerima wang tunai serta bantuan langsung dari berbagai-bagai program yang diilhamkan Najib.  

Sememangnya, sudah menjadi tuntutan agama dan moral bagi kita semua untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau atas segala jasa yang dicurahkan.  Dengan itu, kita mendoakan agar Dato’ Seri Najib dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik agar dapat terus berkhidmat kepada negara dan juga rakyat.  

Selamat Ulang Tahun, Dato’ Seri Najib, Perdana Menteri yang dikasihi lagi dihormati!

Thursday, July 12, 2012

MILO SUAM vs LELAKI AMUK !!!

Setelah negara digemparkan dengan amukan samurai di Jabatan Perdana Menteri, kini blog-blog mula mempersoalkan tentang kaitan blogger pembangkang, terutamanya Milosuam dengan arwah Khalil.

Milosuam dikatakan blogger yang pertama memuatnaik video amukan tersebut dan kehadirannya di waktu dan tempat kejadian dengan siap sedia membawa kamera video amatlah mencurigakan. Lebih-lebih lagi apabila kedengaran percakapan telefon yang disyaki sebagai jurukamera sendiri, yang seolah-olah melaporkan kepada seseorang apabila arwah telah ditembak.

 

Melayari blog Milosuam selepas kejadian menambahkan lagi kecurigaan kita apabila beliau seolah-olah mencuba sedaya upaya untuk mengalihkan persepsi kononnya arwah Khalil adalah penyokong kerajaan berdasarkan hanya satu ayat di blog arwah yang memuji Tun Dr. Mahathir sebagai seorang berjiwa besar. 

Sedangkan jika diteliti keseluruhan post arwah di blog beliau, mahupun kedua-dua akaun facebook beliau, tiada siapa yang dapat menafikan bahawa arwah lebih cenderung kepada pembangkang.   Lihat saja senarai perkara yang diminati seperti yang dinyatakan di facebook beliau: 

“MRSM Pengkalan Chepa, Dr. Mahathir bin Mohamad, Lim Guan Eng, MiLo SuaM, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, Jomsedut.Org, Sultan Johor, Pertubuhan Kerabat Raja Jembal ( Wilayah Tengah), Harian Metro Online (HMO Blog), HarakahDaily Blog, Dr. MAZA for PM, Bersih 3.0 [Official ], Kami Benci Saiful Bukhari!, A. Samad Said, Aku sependapat dengan orang kat atas ni 100%, KELAB SAYANGI DYMM SULTAN SELANGOR, Sukatilah, Anak Johor Sayang Sultan, Aku-Macjay Blogspot, General Mahdi and the Last Generation Army, Blog Redzuan-Ridzand 7 more..”

Malah, blog Milosuam sendiri turut tersenarai.  Justeru, mana mungkin Milosuam boleh mengelak mengatakan bahawa arwah adalah peminatnya. 

Blog Paperwaris kemudiannya mengaitkan Milosuam dengan seorang yang bernama Hambali Idris yang juga merupakan orang yang ‘disayangi’ oleh arwah.  Ini adalah antara komen arwah kepada Hambali di Facebook nya: 

“Patutlah aku sayang kamu Hambali Idris..... sebab kamu ni berani mengatakan kebenaran walaupun kebenaran itu sendiri pastinya membunuh kamu.”

Jika benar Milosuam adalah Hambali maka ini bermakna blogger pembangkang ini agak kerap berhubung dengan arwah melalui facebook sebelum kematian beliau.  Tidak mustahil mereka juga ada berjumpa kerana dalam salah satu komen arwah, beliau ada mengajak Hambali berjumpa dan berborak.

Dan tidak mustahil juga Milosuam mengetahui tentang rancangan ‘serangan-bunuh-diri’ oleh arwah. 


Dengan kepantasan Milosuam memuatnaik video tersebut dan kemudian mengaitkan arwah dengan Tun Dr. Mahathir, kita merasakan bahawa tidak mustahil juga bahawa arwah telah dipergunakan oleh blogger pembangkang ini untuk mencipta isu bagi mendapatkan sedikit keuntungan politik bagi pihak pembangkang. 

Selain itu, jika kita melayari blog arwah, kita akan mendapati bahawa dalam beberapa tulisan beliau, boleh dikatakan beliau seolah-olah kecewa kerana segala kepercayaannya telah dikhianati oleh seseorang.  Dan beliau kemudiannya mengutuk fatwa bai’ah PAS. 

Maka, kita tertanya-tanya, mungkinkah beliau antara ahli-ahli taksub PAS yang terlalu kecewa dengan sikap cacamarba, fatwa sesat dan pendirian tunggang-terbalik PAS hari ini?  

Apapun punca kecelaruan pemikiran arwah dan apapun motif arwah menyerang JPM kini sudah tidak begitu penting lagi kerana arwah sudah tiada.  Yang penting kini ialah mencari kaitan arwah atau pemikiran arwah dengan mana-mana pihak yang mungkin mempunyai kepentingan dengan insiden amuk ini. 

Dan yang penting juga, ialah untuk kita mengetahui apakah kaitan Milosuam dengan arwah dan apakah peranan Milosuam dalam kejadian ini.  Apakah beliau merupakan sahabat, dalang, atau pemerhati yang sengaja tidak menghalang arwah menempah maut serta membahayakan kakitangan JPM, sedangkan beliau mengetahui akan rancangan arwah sejak awal lagi. 

AL-FATIHAH...

Monday, July 9, 2012

PKR Makin Bercelaru Menjelang PRU13


Ada sebab kenapa Anwar Ibrahim mengumumkan hasratnya untuk bersara dari politik, selain ianya sebagai satu taktik terdesak untuk meraih simpati, ia juga berkait rapat dengan kegagalan PKR menemui calon-calon yang berkaliber untuk dipertaruhkan dalam PRU 13.

Selama ini kita kerap di hidangkan dengan propaganda murahan pakatan pembangkang kononnya dalam pilihanraya akan datang mereka berpeluang untuk merampas Putrajaya seterusnya mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.

Namun, realiti semasa bukan sahaja jauh panggang dari api malah langsung tak seindah seperti di propagandakan dalam media dan pentas politik.

Untuk PRU 13 ini, PKR bukan sahaja terpaksa mengalah kepada DAP dari segi pembahagian kerusi bertanding apabila hanya bertanding di 66 kawasan sahaja berbanding 97 kawasan pada PRU 12, malah untuk menyediakan calon-calon pun amat sukar untuk dicapai.

Daripada jumlah 66 itu pula hanya di 24 kawasan sahaja yang sudah terisi dengan 'calon pilihan' itu dengan sebahagian darinya adalah muka lama.  

Sebahagian kecil muka lama yang pernah menyandang kerusi parlimen tertentu pula tidak dicalonkan kembali. Antaranya Khalid Ibrahim yang juga MB Selangor, berkemungkinan seorang yang rapat dengan Azmin Ali akan mengisi kekosongan di Bandar Tun Razak.

Bagi parlimen Kelana Jaya tempat Loh Gwo Burne yang siang malam tidur bersama kameranya pula bakal dibersarakan dan tempatnya digantikan oleh Nik Nazmi yang juga orang kanan Azmin Ali.

Anwar Ibrahim yang sebelum ini diketahui sedang panas di Permatang Pauh seakan hampir pasti merantau ke Nibong Tebal dan merupakan satu-satunya calon bagi kawasan tersebut walaupun di masa yang sama masih memikirkan untuk kekal di Permatang Pauh.

Manakala itu, hampir satu pertiga lagi kawasan langsung tiada satu nama calon pun yang dapat dikemukakan menggambarkan betapa sukarnya untuk PKR menghadapi cabaran PRU 13 yang akan menentukan hayat politik Anwar.

Baki lebih satu pertiga lagi hanya calon-calon recycle dan expired sahaja yang dikemukakan sebagai 'calon dalam pertimbangan'.

Dalam pada itu daripada 8 kawasan parlimen di Sabah yang dikhususkan untuk ditandingi PKR, hanya tiga kawasan sahaja yang sudah terisi dengan 'calon pilihan', bakinya samaada kosong ataupun hanya bersandarkan satu dua nama 'calon dalam pertimbangan'.

Sarawak pula yang sebelum ini digembar gemburkan oleh Anwar bakal ditembusi oleh PKR dan pembangkang lain, namun pembahagian kerusi yang diberikan kepada PKR cuma 7 kerusi sahaja dan agak sadis bila hanya satu nama sahaja yang masuk senarai mungkin akan bertanding.

Lebih parah lagi beberapa kawasan yang mahu ditandingi oleh PKR ada antaranya masih bertindih dan berebut hak dengan PAS dan DAP misalnya di Bentong, Temerloh, Bagan Serai dan beberapa lagi kawasan lain.

Bagi kawasan parlimen Sungai Siput yang sekarang disandang oleh Presiden PSM, Dr Jeyakumar pula sedang diusahakan untuk ditandingi sendiri oleh PKR sekalipun satu namapun belum mampu disediakan oleh Anwar Ibrahim.

Melihat pada kemelut dan betapa celarunya PKR dalam persediaan menentukan calon-calon yang akan mewakili PKR dalam pilihanraya, ternampak jelas yang PKR mahupun Anwar sendiri tiada keyakinan untuk menghadapi PRU akan datang.

Mahu tidak mahu, Anwar terpaksa beralih semula ke tabiat kesukaannya - guna tektik raih simpati buat muka kesian dengan harapan masih ada rakyat yang akan terpedaya sebagaimana suatu ketika dulu ramai yang terpedaya dengan lakonan arsenik, patah pinggang dan lain-lain.

Monday, June 18, 2012

BUKTI MAT SABU & DAP TAK HORMAT BENDERA PERAK ??!!? PEMBANGKANG SEMAKIN SERABUT !!



CERAMAH YANG DIANJURKAN OLEH PR DI BIDOR, PERAK.

CUBA LIHAT BENDERA PERAK DIBELAKANG TU. 

BUKTI MAT SABUN SERABUT.

SUDAHLAH KOMUNIS, BUTA SEJARAH PULAK TU. INILAH JADINYA.





PERKARA YANG SAMA BERLAKU DI PEJABAT DAP TAPAH, JALAN PAHANG, PERAK.


BENDERA YANG DIPASANG TERBALIK.


ADAKAH PERKARA INI DISENGAJAKAN ATAU TIDAK SENGAJA?


PERSOALANNYA DAH BERAPA LAMA MENETAP DI PERAK SEHINGGA TIADA KESEDARAN YG SANGAT KETARA INI??